• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nafsu Kalah Binatang, Penganggur Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Bawah Umur Di Bau

Oleh
Husna Hazmi
1 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ketika tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu, mangsa dilaporkan sedang datang haid.

Nafsu Kalah Binatang, Penganggur Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Bawah Umur Di Bau. Dipetik daripada The Borneo Post, seorang penganggur berusia 31 tahun dari Bau telah melakukan jenayah terkutuk iaitu melakukan amang seksual dan juga merogol adik iparnya yang di bawah umur.

Hakim Afidah Abdul Rahman telah menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun serta 14 sebatan terhadap tertuduh setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.

Nafsu Kalah Binatang, Penganggur Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Bawah Umur Di Bau
Nafsu Kalah Binatang, Penganggur Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Bawah Umur Di Bau. Sumber foto: The Borneo Post

Melakukan sumbang mahram terhadap mangsa

Pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa dan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan. 

Mengikut pertuduhan pindaan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual fizikal terhadap mangsa sama dengan cara menyentuh payu dara dan kemaluan mangsa untuk tujuan seksual. 

Pertuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 Akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. 

Hukuman berjalan berturut-turut mulai tarikh tertuduh ditangkap

Hakim Afidah juga turut memerintahkan hukuman itu berjalan berturut-turut mulai tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Oktober tahun ini serta tertuduh perlu menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan terkutuk itu ke atas adik iparnya yang berusia 13 tahun di dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di Bau sekitar jam 11 pagi pada 24 Oktober tahun ini.

Tertuduh memasuki bilik tidur mangsa dan membangunkannya untuk memberitahu bahawa dia telah membawa sarapan. Sebaik mendengar pintu bilik tidur ditutup, mangsa kembali tidur kerana menyangka tertuduh telah keluar dari biliknya.

Mangsa sedang datang haid

Apabila tersedar, mangsa mendapati abang iparnya baring di sebelahnya, menyentuh payudara dan bahagian sulitnya sebelum tertuduh merogol mangsa dengan keadaan mangsa yang sedang haid.

Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis dan tertuduh ditahan sekitar jam 3.50 petang pada hari yang sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu ke pihak Mahkamah agar hukuman diringankan kerana mempunyai ibu bapa tua untuk dijaga namun Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman ​​Mutallib Mohamad Shariff memohon hukuman berat ke atas tertuduh memandangkan jenayah yang dilakukan adalah berat.

Lagi di sini artikel untuk anda:

Mengaku Rogol Anak Bawah Umur, Bapa OKU Dihukum 10 Sebatan Dan 12 Tahun Penjara Di Kuching
Bapa Tiri Rogol Anak Bawah Umur Setiap Hari Selama 30 Hari Berturut-turut Di Tawau
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas 27 Tahun, Superbowl Dan Pusat Memanah Sibu Umum Penutupan Operasi Sepenuhnya
Next Article Bintulu Banjir, Tapi Keadaan Timbunan Botol Air Di Waterfront Jadi Bualan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?