• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim

Oleh
ILB - AI
29 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim

Tak sempat tunai permintaan Zayyan Nazeem

Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim. Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang terkorban dalam kebakaran lima rumah di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa, Kuching semalam terkilan apabila tidak sempat menunaikan permintaan anaknya.

Zainal Abidin Piee, 45, berkata, sejak beberapa hari lalu, anaknya, Zayyan Nazeem, 6, meminta dibelikan barang permainan, beyblade.

Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim
Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim. Kredit: Metro

Katanya, anak keempat daripada enam beradik itu meminta permainan jenis gasing itu diminta bersama kad Pokemon dan aiskrim.

“Saya sempat membelikannya kad Pokemon dan aiskrim, tetapi tidak membelikannya beyblade menyebabkan dia merajuk.

“Saya memang amat terkilan kerana gagal menunaikan permintaannya itu,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Masjid Darul Ibadah, RPR Batu Kawa, hari ini.

Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim

Zainal Abidin berkata, sejak beberapa hari lalu juga Zayyan Nazeem menunjukkan perubahan sikap apabila tidak banyak bercakap dan suka menyendiri.

“Saya perasan perubahan sikapnya yang tiba-tiba menjadi pendiam, walaupun sebelum ini dia agak lasak dan sedikit nakal.

“Dia suka menyendiri malah ketika makan pun dia akan makan di tempat lain,” katanya sambil memaklumkan anaknya itu belajar di Tadika Sekolah Kebangsaan (SK) RPR Batu Kawa.

Menurut Zainal Abidin lagi, pada pagi sebelum tragedi itu, anaknya itu dilihat seperti gelisah apabila tiba-tiba masuk ke bilik tidurnya.

“Dia tidur dengan kakaknya di bilik sebelah, tetapi pagi semalam dia masuk ke bilik saya dan berjalan mundar-mandir.

“Saya tanya kenapa, tapi dia diam sahaja dan kemudian saya suruh dia tidur sebelah saya. Dia lena sehinggalah saya ke tempat kerja,” katanya yang memberitahu dimaklumkan kebakaran itu oleh seorang anaknya pada tengah hari.

Zainal Abidin berkata, dia bergegas ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sejurus kebakaran itu kerana menyangka anaknya cedera.

Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim

“Saya tersilap dengar, sebab itu saya terus ke hospital dari tempat kerja saya di kem tentera di Batu 6.

“Setibanya di hospital, saya dimaklumkan anak saya itu terperangkap di dalam kebakaran. Saya terus pecut ke rumah dan setibanya di sana, luluh hati saya apabila diberitahu Zayyan terperangkap di tingkat atas,” katanya.

Menurutnya, dia juga terkilan apabila bapa mentuanya, Bohari Jili yang akan pulang ke Sarawak hari ini selepas mengerjakan umrah, tidak sempat untuk bertemu cucu kesayangannya itu.

Katanya, mereka sekeluarga bagaimanapun sepakat menunggu sehingga ketibaan Bohari sebelum mengebumikan jenazah Zayyan Nazeem dijangka selepas Asar.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gita, Petra Jaya,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Terserempak Kereta Tanpa Pemandu Dengan Jalan Berkabus, Wanita Kongsi Kisah Seram Di Serian
China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article China 'Claim' Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023 China ‘Claim’ Perairan Sabah Sarawak Dalam Peta Standard China Edisi 2023
Next Article Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kuat Agama, Rupanya Songsang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?