• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kuat Agama, Rupanya Songsang

Oleh
ILB - AI
29 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kakaknya seorang yang sangat menjaga solat, tahajud dan baca Al-Quran, sebaliknya lesbian

Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kuat Agama, Rupanya Songsang. Baru-baru ini, seorang individu membuat perkongsian di media sosial mengenai kakak kandungnya yang didakwa menjalinkan hubungan dengan rakan sama jantina.

Isi Isi Penting
  • Tidak pernah berkelakuan buruk dan taat kepada agama
  • Jangan menghakimi orang dari luaran
  • Kantoi di akaun Twitter ‘lesbo’ kakaknya
  • Nasihat netizen untuk tidak membenci, tapi bimbing kakaknya keluar daripada gejala songsang tersebut

Menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di laman Twitter itu, dia mahu meluahkan bahawa kakanya seorang lesbian, malah bercinta dengan kawan semejanya semasa di sekolah menengah.

Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kuat Agama, Rupanya Songsang
Gambar hiasan. Sumber: thescribe

Tidak pernah berkelakuan buruk dan taat kepada agama

Menurut individu itu, dia memberitahu kakaknya tidak pernah berperangai buruk sepanjang mereka membesar bersama, bahkan digambarkan sebagai seorang yang taat pada agama.

“Kakak saya tak pernah bermalam luar selama ni, sebab dia memang tak suka bermalam dekat luar kecuali rumah saudara mara,” katanya menerusi laporan.

Jangan menghakimi orang dari luaran

“Betullah orang kata, kita tak boleh mudah menghakimi orang tu dari luaran. Kakak saya sangat menjaga solat, tahajud, baca al-Quran selepas solat semua. Tapi kenapa dia boleh jadi macam tu?

Dalam pada itu, pengadu turut mengatakan bahawa kakaknya mula menjauhkan diri diri dan mereka tidak bertegur sapa sejak dua bulan lepas.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan perkara tersebut kepada ibunya kerana dia menganggap perkara tersebut adalah jijik dan memalukan.

Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kuat Agama, Rupanya Songsang
Gambar hiasan wanita berniqab. Sumber: mstar

Kantoi di akaun Twitter ‘lesbo’ kakaknya

“Saya rasa jijik sangat tengok kakak sendiri. Dia tak tahu yang saya tahu rahsianya. Kantoi sebab saya cari Twitter ‘lesbo’ dia. Ya Allah pegang tangan, peluk semua.

“Dengan adik sendiri pun tak buat macam tu. Sekarang dah dua bulan kami tak bertegur walau satu rumah. Dia ada tanya kenapa saya tak bertegur dengan dia. Saya buat bodoh je. Kakak saya baik sangat tapi kenapa sampai macam ni? Saya tak boleh terima.

“Sekarang mak saya dah tahu, menangis sampai demam. Tu pun tahu lepas mak saya deep talk dengan mak saya, kenapa tak bertegur dengan kakak. Sumpah saya jijik nak tengok kakak sendiri,” luahnya lagi.

Adik Jijik Dapat Tahu Kakak Kuat Agama, Rupanya Songsang
Gambar hiasan. Sumber: cari

Nasihat netizen untuk tidak membenci, tapi bimbing kakaknya keluar daripada gejala songsang tersebut

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, segelintir netizen memberi nasihat kepada individu itu agar tidak membenci kakaknya, sebaliknya menasihatkan atau membimbing kakaknya ke jalan yang benar.

Untuk makluman, budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia, malah turut bertentangan dengan undang-undang negara.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kantoi Lakukan Hubungan Intim Di Masjid, 4 Remaja Bawah Umur Dicekup
Jalin Hubungan Dengan Pekerja, View Chin Boleh Berdepan Hukuman Penjara Di Bawah Akta Pekerjaan Malaysia?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim Nahas Kebakaran Batu Kawa, Ayah Terkilan Tak Sempat Tunai Permintaan Anak Teringin Aiskrim
Next Article Malaysia Pegang Rekod Remaja Dan Kanak-Kanak Obesiti Kedua Tertinggi Di Asia Tenggara Malaysia Pegang Rekod Remaja Dan Kanak-Kanak Obesiti Kedua Tertinggi Di Asia Tenggara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?