Tiap bulan naik 10 sen?
Naik Harga Lagi, Ninso Cawangan Sarawak Tukar Harga Dari RM2.30 Ke RM2.60 Bermula Jun Ini. Sesiapa yang minat untuk beli barang rumah semestinya kenal dengan kedai Ninso ni. Ianya sangat popular kerana kedai tersebut menjual pelbagai produk dan barang keperluan orang ramai pada harga serendah RM2.30 sahaja!
Semenjak kemunculan Ninso di Malaysia, boleh dikatakan bahawa kedai ini telah membantu ramai rakyat mendapatkan keperluan pada harga amat mampu milik. Semuanya boleh dimilik pada harga RM2.30. Setiap satu lalu membuatkan sesiapa sahaja yang memasuki kedai ini ‘naik gila’!
Namun begitu, telah dilaporkan bahawa kedai Ninso bakal menaikkan harga pasaran disebabkan kos barangan yang semakin meningkat.
Dalam setahun, Ninso mengalami kenaikan jualan barang 2 kali.
Sebelum ini, pihak Ninso telah menyatakan dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi bahawa akan ada perubahan harga sejak November 2021 di mana Harga bagi setiap barangan di Ninso Semenanjung RM2.10 bertukar kepada RM 2.20, manakala di Ninso Sabah & Sarawak RM 2.30 bertukar kepada RM 2.40.
Pada tahun ini, mereka juga memuat naik satu notis perubahan harga dengan menyatakan bermula 1 April 2022 Seluruh cawangan Ninso (Semenanjung Malaysia) akan berubah harga. Semua barangan Ninso berharga RM2.20 kepada RM2.30 dan bagi (Sabah Sarawak) akan berubah harga RM2.40 kepada RM 2.50.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian di Facebook milik Wan Muhammad Nur Al-yasin menunjukkan satu gambar kedai Ninso cawangan di Sarawak bahawa harga jualan barang dinaikkan lagi ke RM2.60 bermula pada 1 Jun 2022.
Kami di Ninso sentiasa akan memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami yang setia dengan kami. Kami akan menyediakan pilihan barangan /pilihan produk yang berkualiti. Ninso juga akan melebarkan sayap ke seluruh negeri di Malaysia. Justeru itu pihak, Ninso akan mengadakan lebih banyak promosi pada masa akan datang.
Kami berharap agar pelanggan setia kami akan tetap menyokong kami, kami di Ninso akan sentiasa memberikan yang terbaik dengan memberikan perkhidmatan yang lebih bagus serta produk yang berkualiti tinggi.
