• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?

Oleh
Ismail NA
13 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kalau betul, satu dunia dah boleh cakap Iban weh!

Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?Semalam berlangsungnya Google’s Developer Conference (Google I/O) 2022, yang mana acara tahunan ini bakal memberitahu kepada pembangun teknologi dan pengguna tentang perkembangan terkini Google.

Isi Isi Penting
  • Kalau betul, satu dunia dah boleh cakap Iban weh!
  • Mengapa ada ‘Jaku Iban’ dalam keynote Sundar? Apa maksudnya?
  • Google Translate bakal ditambah baik, atasi masalah terjemahan secara langsung
  • Tak lama lagi, semua orang di dunia boleh berjaku Iban!
  • Selain daripada Bahasa Iban standard, terdapat sekumpulan penutur Bahasa Iban dengan dialek yang lain daripada yang lain iaitu Bahasa Iban Remun. Bacaan lanjut di sini:

Namun, ada satu perkara yang tentunya membuatkan pengguna dan pembangun teknologi terutamanya di Sarawak berasa sangat teruja.

Frasa 'Jaku Iban' Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
Frasa ‘Jaku Iban’ Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate? Tangkap layar Google Keynote (Google I/O ’22)

Mengapa ada ‘Jaku Iban’ dalam keynote Sundar? Apa maksudnya?

Menerusi pembentangan keynote yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai semalam, terlihat frasa ‘Jaku Iban’ terpampang pada salah satu lembaran keynote beliau.

Hal ini secara tidak langsung turut memberi bayangan bahawa Bahasa Iban bakal dimasukkan dalam Google Translate tidak lama lagi!

Lembaran keynote tersebut adalah pada saat Sundar mengumumkan bahawa Google Translate akan menambah baik perkhidmatan berkenaan untuk proses translasi dalam masa nyata (real-time translation).

Sebanyak 40 buah bahasa bakal tersedia untuk versi Google Translate masa depan itu. Frasa ‘Jaku Iban’ yang bermaksud Bahasa Iban turut terpampang pada keynote tersebut!

Antara bahasa nusantara lain yang turut menyertai daftar senarai bahasa baharu dalam Google Transalate adalah Base Betawi (Jakarta), Baso Minangkabau (West Sumatra), Amanung Kapampangan (Philippines), danTetun Dili (East Timor).

Google Translate bakal ditambah baik, atasi masalah terjemahan secara langsung

Sundar Pichai mengulas lanjut bahawa terjemahan secara langsung membuktikan bahawa ilmu pengetahuan dan ilmu perkomputeran berupaya menjadikan kehidupan manusia lebih baik.

Lebih ramai orang akan menggunakan Google Translate berbanding sebelum ini, dan kita harus berusaha lebih gigih untuk menjadikannya dapat diakses lebih meluas dan bersifat ‘universal’.

Sundar Pichai, CEO Google sewaktu Google’s Developer Conference (Google I/O) 2022

Dengan adanya teknologi canggih dalam mesin pembelajaran, Google telah membangunkan pendekatan monolingual bagi mengatasi masalah terjemahan secara terus yang sering kali tidak tepat dan terkeluar daripada konteks ayat sebenar.

Frasa 'Jaku Iban' Terpampang Dalam Keynote CEO, Bahasa Iban Bakal Tersedia Dalam Google Translate?
Tangkap layar Google Keynote (Google I/O ’22)

Usaha ini juga dilakukan bersama kolaborasi dengan penutur tempatan dan institusi, menjadikan terjemahan ini kelak cukup berkualiti untuk diguna pakai.

Tak lama lagi, semua orang di dunia boleh berjaku Iban!

Frasa ‘Jaku Iban’ yang terpampang pada keynote Sundar ini memberi bayangan bahawa terjemahan Bahasa Iban menerusi Google Translate ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Apatah lagi terjemahan Google ini kelak akan ditambah baik, sekurang-kurangnya bukan terjemahan langsung yang kedengaran aneh dan pelik.

Selain daripada Bahasa Iban standard, terdapat sekumpulan penutur Bahasa Iban dengan dialek yang lain daripada yang lain iaitu Bahasa Iban Remun. Bacaan lanjut di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
Next Article Celcom Bakal Tingkatkan Liputan 4G Di Sabah Dan Sarawak Menjelang Akhir Tahun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?