• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nak Berniaga Semasa Bulan Ramadhan? Ini Pilihan Platform Atas Talian Buat Anda

Oleh
ILB - AI
12 April 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Nak Berniaga Semasa Bulan Ramadhan? Ini Pilihan Platform Atas Talian Buat Anda

Anda belum berniaga di atas talian?

Nak Berniaga Semasa Bulan Ramadhan? Ini Pilihan Platform Atas Talian Buat Anda. Dengan penyebaran wabak COVID19 tahun ini, secara tidak langsung kesemua bazaar di Malaysia telah dibatalkan bagi mengekang penularan wabak tersebut. Namu begitu jika anda merupakan peniaga, usah risau. Menjadi lumrah peniaga untuk terus kekal mencari jalan penyelesaian bagi memastikan keterlansungan perniagaan, apatah lagi anda turut mempunyai pekerja yang bergantung harap dengan anda.

Isi Isi Penting
  • Anda belum berniaga di atas talian?
  • Platform Penghantaran Makanan Di Sabah Dan Sarawak
  • Platform E Dagang Utama Di Sabah Dan Sarawak
  • Jangan risau, teruskan berusaha

Dalam artikel ringkas kali ini, kami kongsikan pilihan platform atas talian untuk anda pertimbangkan bagi perniagaan anda anda.

Platform Penghantaran Makanan Di Sabah Dan Sarawak

Nak Berniaga Semasa Bulan Ramadhan? Ini Pilihan Platform Atas Talian Buat Anda
Nak Berniaga Semasa Bulan Ramadhan? Ini Pilihan Platform Atas Talian Buat Anda

Jika anda mempunyai gerai makanan sedia ada dan biasanya berjual di Bazaar Ramadhan, anda boleh pertimbangkan aplikasi aplikasi dan platform di bawah untuk menjadi salah satu daripada merchant mereka. Platform platform ini mempunyai bukan hanya 5000 pengguna bahkan puluhan dan ratusan ribu penggunan dengan rider sedia ada.

  1. GrabFood ( Kuching, Kota Samarahan, Kota Kinabalu, Bintulu, Miri )
  2. Foodpanda ( Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan)
  3. Morefun ( Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Kudat, Keningau, Lahad Datu, Labuan,Sandakan, Tuaran, Tawau )
  4. Hungry ( Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu )
  5. Lyfe ( Kuching sahaja )
  6. Big Delivery ( Miri sahaja )

    Untuk pendaftaran GrabFood anda boleh rujuk : Daftar GrabFood
    Untuk pendaftaran FoodPanda anda boleh rujuk : Daftar FoodPanda

Baca juga artikel ini :

Jika anda peniaga bukan makanan (baju, kasut etc) pula jangan risau, banyak juga pilihan pilihan platform sedia ada yang mempunyai jutaan pengguna di serata Malaysia. Dengan mendigitalkan inventory(atau stock) anda di atas talian melalui platform platform ini, anda akan dapat mengakses pasaran yang lebih meluas dan tidak terhad pada satu satu bandar sahaja.

Platform E Dagang Utama Di Sabah Dan Sarawak

Gambar hiasan | Kredit ecommerceIQ

1. Shopee
2. Lazada
3. Lelong
4. PGMall
5. PrestoMall

5 Platform ini membenarkan anda untuk mendaftar sebagai merchant di mana anda akan dapat mengakses jutaan pelawat mereka setiap hari. Anda boleh rujuk juga artikel ini : Top 10 e-commerce sites in Malaysia

Alternatif lain adalah anda boleh menggunakan platform media sosial seperti Facebook untuk mengelolakan perniagaan anda secara terus. Anda juga boleh membuka laman sesawang anda sendiri sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang cukup. Antara servis pembinaan laman sesawang ecommerce yang anda boleh considerkan adalah :
1. Easystore
2. Sitegiant
3. Wix
4 WordPress

Dalam memilih medium pemasaran atas talian anda, ada beberapa faktor yang anda boleh pertimbangkan :

1. Jumlah muat turun aplikasi
Jumlah muat turun aplikasi menandakan berapa banyak pengguna yang aplikasi tersebut ada. Aplikasi yang mempunyai banyak muat turut menandakan mereka mempunyai potensi untuk memiliki lebih ramai pengguna yang aktif.
2. Ranking dan trafik website
Anda boleh menggunakan similarweb atau alexa ranking untuk menyemak ranking dan juga traffic sesebuah website. Website dengan trafik yang tinggi kebiasaanya mempunyai lebih banyak potensi kerana memiliki lebih ramai pelawat.

Jangan risau, teruskan berusaha

Untuk sesetengah individu, tidak senang untuk mereka beradaptasi kepada e-dagang. Namun begitu, tiada apa yang mustahil terutamanya apabila anda perlu untuk menyelamatkan perniagaan anda dan mengambil peluang sedia ada di sebalik musibah COVID19 ini. Teruskan usaha anda, anda pasti akan berjaya!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching Ketahui 2 Daripada 5 Kluster Terbesar COVID-19 Malaysia Yang Berpusat Di Kuching
Next Article Wanita 47 Korban Terbaru COVID19 Di Sarawak, Punca Masih Dalam Siasatan Wanita 47 Tahun Korban Terbaru COVID19 Di Sarawak, Punca Masih Dalam Siasatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?