fbpx
Cerita Borneo

GrabMart Kini Mula Beroperasi Di Kuching Dan Kota Kinabalu

Anda boleh mula gunakan GrabMart untuk membeli barang dapur anda!

GrabMart Kini Mula Beroperasi Di Kuching Dan Kota Kinabalu. Fungsi GrabMart akhirnya sudah boleh digunakan di Kuching dan Kota Kinabalu bermula hari ini. Menurut carian kami di aplikasi semua dalam satu Grab sebentar tadi, penduduk Kuching sudah boleh membeli barangan dari beberapa buah farmasi dan juga pasaraya. Antara farmasi dan pasaraya yang terdapat di dalam GrabMart di Kuching adalah Choice Supermarket, Shine Pharmacy, Jom Pharmacy dan juga The Milkshop

GrabMart Kini Mula Beroperasi Di Kuching Dan Kota Kinabalu
GrabMart Kini Mula Beroperasi Di Kuching Dan Kota Kinabalu
GrabMart Kini Mula Beroperasi Di Kuching Dan Kota Kinabalu

Mudah Untuk Anda Beli Barang Keperluan Terutamanya Ketika Keadaan Mendesak

Bagi anda yang mempunyai kesukaran untuk keluar terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, anda boleh cuba menggunakan fungsi terbaru Grab ini. Bagi penduduk Kuching, anda boleh beli sayur juga melalui GrabMart kerana Pasaraya Choice menyokong fungsi ini.

Boleh dapatkan bekalan dari farmasi juga

Grabmart turut menyokong beberapa buah farmasi, bagi anda yang memerlukan bekalan vitamin dan sebagainya anda kini boleh menempah terus dan GrabRider akan terus menghantar kepada anda. Mudah bukan?

5 Kali Penghantaran Percuma

Bagi anda yang ingin mencuba fungsi ini, terdapat promosi 5 kali penghantaran percuma sempena pelancaran fungsi Grabmart di Kuching dan juga Kota Kinabalu. Anda hanya perlu menggunakan kod promosi MART2U dan anda boleh dapatkan 5 kali penghantaran percuma ini.

Jadi jika anda ingin mencuba fungsi terbaru ini, jangan lupa buka aplikasi Grab anda, pergi ke GrabFood dan anda akan logo MART di dalam bahagian tersebut. Tekan logo tersebut dan senarai Pasaraya dan Farmasi yang menyokong aplikasi ini akan kelihatan. Selamat membeli belah!

Artikel Berkaitan

Back to top button