Panduan ini ringkas tetapi tetap profesional!
Nak Tulis E-Mel Untuk Permohonan Kerja Tapi Tak Tahu Caranya? Ini Panduan Untuk Anda. Tidak semua orang pakar dalam penulisan e-mel rasmi – tidak kira usia, muda atau tua. Apabila tiba masanya untuk menulis e-mel untuk tujuan permohonan pekerjaan, sesetengah orang boleh duduk berjam-jam hanya tertanya-tanya bagaimana untuk bermula. Ia kelihatan mudah, tetapi sebagai e-mel rasmi, kandungannya juga perlu dilakukan dengan betul.
Sekiranya anda ingin mencari kerja sekali lagi setelah sekian lama menganggur atau ingin mencari pekerjaan baharu, anda boleh merujuk kepada panduan berikut.
E-mel bertulis yang baik memberikan kesan pertama yang hebat
Make a good first impression! Jika anda mahu permohonan anda dipandang, anda harus memberikan first impression yang bagus. E-mel yang dihantar oleh anda adalah langkah pertama dalam memperkenalkan diri anda kepada syarikat yang anda mohon untuk bekerja. Oleh itu, cara e-mel anda ditulis mungkin memberi kesan kepada syarikat yang dimohon untuk mengambil tindakan seterusnya.
Sebelum berlanjut, ingatkan do’s and don’ts dahulu:
- Jangan hantar e-mel tanpa format dan perenggan yang kemas. Pastikan kandungan e-mel anda mempunyai perenggan dan susunan yang jelas.
- Pastikan anda mengikut formal yang diberi jika ada.
- Sekiranya anda diarahkan untuk menghantar resume anda secara dalam talian, anda boleh attach (lampiran) kepada e-mel anda. Namun, pastikan kandungan e-mel anda ada ayat berbentuk surat yang menyatakan hasrat anda untuk memohon pekerjaan.
- Pastikan di dalam kandungan e-mel anda memaklumkan bahawa resume anda telah dilampirkan agar majikan tidak terlepas pandang.
- Pastikan anda tidak menghantar fail atau gambar yang bersaiz terlalu besar dalam e-mel anda.
- Yang penting sekali, pilih perkataan anda dengan teliti. Jangan kelihatan terlalu terdesak, tunjukkan diri anda secara profesional yang menunjukkan kematangan anda.
Jangan sesekali menghantar e-mel tanpa penjelasan dalam e-mel seperti melampirkan dokumen tanpa penjelasan.
Isi kandungan e-mel anda
Dalam e-mel anda, pastikan anda meletakkan perkara berikut:
- Alamat e-mel profesional. Sebaik mungkin, gunakan e-mel yang mempunyai nama sebenar anda (contohnya: [email protected]). Pastikan e-mel anda tidak mempunyai perkataan yang pelik atau terlalu kebudak-budakan seperti [email protected] atau [email protected] kerana ia menggambarkan anda sebagai tidak profesional.
- Tulis subjek e-mel dengan jelas. Subjek e-mel anda adalah perkara utama yang menentukan sama ada bakal majikan akan buka e-mel atau tidak. Pastikan anda tulis subjek anda dengan jelas seperti “Permohonan Kerja (jawatan yang dimohon)”. Perkara ini memberitahu bakal majikan tujuan e-mel anda.
- Mulakan permulaan dengan salam. Sebagai tanda hormat, mulakan e-mel anda dengan salam sejahtera. Jika anda mengetahui siapa yang akan membuka e-mel itu, anda boleh menulis nama mereka sekali agar mereka tahu bahawa anda serius untuk memohon pekerjaan.
- Kandungan jelas dan ringkas. Jangan merumitkan kandungan e-mel anda – get straight to the point.
Dalam kandungan perenggan e-mel anda, anda perlu pentingkan tiga perkara iaitu:
- Nama dan latar belakang anda. Jelaskan nama dan latar belakang anda dengan ringkas. Jangan segan jika anda seorang graduan segar, pastikan anda jujur dalam penulisan anda. Nyatakan universiti serta ijazah anda.
- Pekerjaan yang diingini dan tujuan e-mel.
- Lampiran resume dan cover letter anda. Sebaik mungkin, sertakan dalam bentuk PDF (dalam satu) agar ia memudahkan bakal majikan anda untuk melihatnya sekaligus dalam satu dokumen.
Berikut adalah contoh permohonan kerja anda boleh lihat sebagai panduan:
Permohonan Kerja Admin Executive
Salam sejahtera Tuan / Puan / Cik (Nama),
Nama saya John anak Smith berusia 25 tahun dan saya merupakan seorang graduan dari UiTM batch 2016 – 2019 dalam jurusan Bachelor of Business Administration (Hons). Saya pernah tinggal di Selangor selama 5 tahun tetapi kini kembali menetap di Sarawak.
Saya ingin memohon jawatan yang ditawarkan oleh Tuan / Puan / Cik iaitu Admin Executive. Saya boleh bermula dengan serta merta dan berharap agar Tuan / Puan / Cik dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menyumbangkan kemahiran saya serta sekaligus mempelajari lebih lanjut tentang syarikat Tuan / Puan / Cik.
*Jika anda sedang bekerja sambil memohon pekerjaan baharu: Saya ingin memohon jawatan yang ditawarkan oleh Tuan / Puan / Cik iaitu Admin Executive. Untuk pengetahuan Tuan / Puan / Cik, saya sekarang sedang bekerja di syarikat xxx untuk tempoh kontrak (nyatakan keadaan pekerjaan anda sama ada anda berkontrak, sambilan atau lain-lain)
Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk penilaian Tuan / Puan / Cik dan dijadikan rujukan.
Saya boleh dihubungi di talian +601x-xxx xxxx atau melalui e-mel [email protected]
Sekian, terima kasih.
Beza cover letter dan e-mel permohonan kerja
Walaupun anda telah menulis permohonan kerja dalam e-mel anda, kebanyakan syarikat meminta pemohon untuk melampirkan cover letter beserta dengan resume. Cover letter ini selalunya disertakan dalam bentuk PDF dan kegunaan cover letter ini adalah untuk disimpan dalam sistem syarikat yang dimohon.
Jadi, ia lebih baik jika anda untuk menulis e-mel pemohonan kerja dengan ringkas dan jelas dan tumpukan perhatian anda kepada cover letter anda.
Secara idealnya, cover letter anda perlu ditulis dalam satu muka surat sahaja. Pastikan setiap perenggan dalam cover letter anda adalah ringkas dan jelas. Selain itu, jangan segan meluahkan hasrat anda serta keinginan anda untuk bekerja bersama syarikat yang dimohon oleh anda.