• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Proklamasi Darurat Ditamatkan Lebih Awal, DUN Sarawak Sah Dibubarkan Secara Rasmi

Oleh
Ismail NA
4 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mesti dibubarkan pada tarikh proklamasi darurat ditamatkan.

Proklamasi Darurat Ditamatkan Lebih Awal, DUN Sarawak Sah Dibubarkan Secara Rasmi. Melalui sebuah dokumen rasmi yang digazetkan oleh Kerajaan Sarawak pada 3 November 2021, Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah memuktamadkan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-18.

Hal ini susulan keputusan Yang Di-Pertuan Agong berkenan menamatkan proklamasi daurat di Sarawak lebih awal berbanding tempoh yang telah ditetapkan. Keputusan penamatan darurat ini dilaksanakan selepas rundingan bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. Terdahulu, proklamasi darurat di Sarawak telah dikuatkuasakan mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

Perkara itu disahkan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan Proklamasi Darurat (Sarawak) (Pembatalan 2021) dikeluarkan Jabatan Peguam Negara semalam.

Mengikut Seksyen 3 (3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh penamatan proklamasi darurat. Oleh yang demikian, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengisytiharkan bahawa DUN terbubar dengan sendirinya pada 3 November 2021, sama pada hari penamatan proklamasi darurat Sarawak diwartakan.

Proklamasi Darurat Ditamatkan Lebih Awal, DUN Sarawak Sah Dibubarkan Secara Rasmi
Proklamasi Darurat Ditamatkan Lebih Awal, DUN Sarawak Sah Dibubarkan Secara Rasmi
Proklamasi Darurat Ditamatkan Lebih Awal, DUN Sarawak Sah Dibubarkan Secara Rasmi

Sehubungan itu, pilihan raya negeri (PRN) ke-12 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penamatan proklamasi darurat.

Kini terpulang kepada SPR untuk tentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memberitahu kepada media bahawa mereka sedang menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh hari mengundi.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan juga memberitahu bahawa kini terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. Yang pasti, sekiranya pilhan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran ini, maka rakyat Sarawak bakal mengundi kerajaan Sarawak yang baharu sebelum memasuki tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada 2 Januari 2022.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 7 Anggota Bomba Dipanggil Pindah Lelaki Obesiti Seberat 220 Kilogram Di Kuching
Next Article Nak Tulis E-Mel Untuk Permohonan Kerja Tapi Tak Tahu Caranya? Ini Panduan Untuk Anda Nak Tulis E-Mel Untuk Permohonan Kerja Tapi Tak Tahu Caranya? Ini Panduan Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?