• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen

Oleh
Husna Hazmi
31 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Sungguh unik nama gadis ini!

Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen. Nama merupakan cerminan dalam menentukan identiti dan personaliti seseorang yang melambangkan budaya, keluarga dan latar belakang. Baru-baru ini, tular nama unik seorang gadis berusia 28 tahun di Twitter selepas rakannya berkongsi ciapan berserta gambar lesen memandu yang memaparkan namanya itu.

Isi Isi Penting
  • Sungguh unik nama gadis ini!
  • Sukar membesar dengan nama ini kerana kerap diejek
  • Berikut adalah perkongsian video dari rakannya cara untuk menyebut nama ‘Badjie Xatieqoutieqc’ dengan betul.
  • Berikut pula adalah beberapa komen daripada netizen:
  • Lebih suka orang lain memanggilnya dengan nama ‘Belle’
Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen
Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen

Sukar membesar dengan nama ini kerana kerap diejek

“Memang sukar membesar dengan nama ini kerana kerap diejek namun lama-kelamaan saya belajar menerima dan menyukainya,” kata Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah.

Menerusi perkongsian tersebut, rakannya sendiri mengakui berasa terkejut apabila mendapat tahu nama sebenarnya itu kerana sebelum ini dia hanya memanggilnya dengan nama ‘Belle’ dan mengandaikan nama penuhnya ialah Nabila.

Dipetik daripada Harian Metro, Badjie Xatieqoutieqc yang juga merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines Bhd berkata, selain namanya sukar disebut, bagi mereka yang mengetahui namanya, mereka juga sering mempersoalkan asal-usul nama itu.

Katanya, idea sepenuhnya datang daripada bapanya, Ibadallah Kandar, berusia 62 tahun, yang turut menamakan tujuh adik-beradiknya dengan nama bermula ‘Badjie X…’.

Kesemua tujuh beradik diberikan nama Badjie Xietaqieullah, Badjie Xbietaquauallah, Badjie Xatieqieullah, Badjie Xatieqoutieqc (dirinya), Badjie Xaebcourieyiean, Badjie Xieslammillatiena dan Badjie Xwattaquoallah.

Berikut adalah perkongsian video dari rakannya cara untuk menyebut nama ‘Badjie Xatieqoutieqc’ dengan betul.

Haaa nah ni sebut la korang aku suruh dia ulang 10 kali pun aku tak boleh sebut 😂😂😂😂 pic.twitter.com/vSjfc9WPqG

— m. (@mayom____) July 25, 2021

Berikut pula adalah beberapa komen daripada netizen:

Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen
Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen
Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen
Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen

“Nama ‘Badjie’ adalah gabungan nama kedua orang tua saya sebagai menggantikan nama ‘Raden’ yang dulunya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang kami (Jawa Sunda).

“Memang kedengaran pelik, tapi itulah pendirian bapa saya yang mempunyai cita rasa unik dalam memilih nama anak-anaknya agar lain daripada yang lain,” kata Xatieqoutieqc.

Badjie juga menjelaskan bahawa sebenernya nama tujuh adik-beradiknya jika dibaca dengan betul membawa maksud bertakwa kepada Allah SWT.

“Bapa adalah seorang jurutera yang suka berfikir di luar kotak dalam suatu hal.

“Dalam soal nama kami ini, bapa seolah-olah menggunakan ‘kod rahsia’ dalam menyuruh kami adik-beradik agar sentiasa bertakwa kepada-Nya,” katanya.

Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen

Lebih suka orang lain memanggilnya dengan nama ‘Belle’

Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah merupakan anak yang keempat daripada tujuh beradik itu berkata, dia lebih suka orang lain memanggilnya dengan nama ‘Belle’.

“Panggil saja saya Belle kerana ia juga membawa maksud yang baik. Kalau ikutkan saya nak orang panggil Xatieqoutieqc tapi akan jadi susah.

“Jadi, cukuplah Belle supaya mereka doakan saya yang baik-baik, saya pun tak buat orang susah nak panggil saya,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Kini, Badjie merupakan anggota sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor.

“Selepas enam bulan bercuti disebabkan kontrak ditamatkan, saya memilih untuk menjadi sukarelawan di sini.

“Kerja sukarelawan sudah menjadi minat saya kerana pernah aktif menyertainya ketika belajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dulu,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Darurat Di Sarawak Dijangka Dilanjutkan Sehingga 2 Februari 2022
Next Article Pemuda Bersuara Lunak Dari Sarawak Ini Tular Di Indonesia Sehingga Dilamar Melly Goeslaw

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?