• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek ‘Neu Pendington’ Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending

Oleh
Husna Hazmi
13 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pending bakal menjadi kawasan strategik dan membangun.

Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek ‘Neu Pendington’ Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending. Dilapor merupakan projek pembangunan bersepadu pertama di Sarawak, ‘Neu Pendington’ dikatakan boleh meningkatkan lagi pembangunan di Pending dan membuatkan ia menjadi kawasan strategik yang dilengkapi kemudahan dan juga perkhidmatan asas.

Menurut Premier Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg lokasi projek “Neu Pendington” ini adalah hasil kerjasama UDA Holdings Berhad (UDA) sebuah syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029 dan juga akan menjadi antara hentian tren bagi projek Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) nanti.

Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek 'Neu Pendington' Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending
Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek ‘Neu Pendington’ Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending

Merupakan kawasan yang strategik

Beliau berkata, Pending ini memang kita tahu merupakan kawasan yang agak strategik kerana berhadapan dengan Sungai Sarawak dan berada di seberang kawasan Petra Jaya yang membangun.

Pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Usaha Sama antara SEDC dan UDA di tapak pembangunan Neu Pendington semalam, beliau juga turut berkata ‘Nang nak lawan London kitak tok’.

Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek 'Neu Pendington' Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending

Nama ‘Neu Pendington’ merupakan gabungan

Nama ‘Neu Pendington’ merupakan gabungan ‘Neu’ yang membawa maksud pembaharuan dan ‘Pendington’ pula adalah kombinasi Pending serta nama bandar di London iaitu Paddington.

Menurut Pengerusi UDA Datuk Norliza Rahim, pembangunan ini menelan kos RM 496 juta dan merangkumi dua blok apartmen, kedai pejabat berstrata serta satu blok hotel.

Turut dikatakan, Fasa Pertama Projek berkenaan akan siap pada 2026 manakala Fasa 2 akan bermula pada 2027.

Pembangunan kedai pejabat ini akan dapat menyediakan ruang perniagaan kepada keluarga usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Pembangunan usaha sama ini, akan memberi pulangan berjumlah hampir RM98 juta kepada SEDC merangkumi 35 unit apartment, 12 unit kedai pejabat berstrata dan sebuah hotel,” jelas beliau. 

Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek 'Neu Pendington' Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending

Miri, Sibu dan Bintulu berpotensi

Tambah Norliza lagi UDA turut meninjau beberapa lokasi untuk dibangunkan sebagai usaha menerokai pembangunan di Sarawak serta meningkatkan pemilikan hartanah kediaman dan ruang komersial terutamanya kepada komuniti Bumiputera.

Pada 2020, UDA dan SEDC telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) Pembangunan Usaha Sama bagi menjalinkan kerjasama dari segi aspek hartanah. 

Dalam masa yang sama, Premier Sarawak juga menggalakkan pemohon Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) untuk membeli unit bagi projek ‘Neu Pendington’ sebagai pelaburan memandangkan kawasan berkenaan diisytiharkan sebagai ‘kawasan pembangunan’. 

Lagi berita di Sarawak yang anda perlu ketahui:

Laluan Fasa Pertama ART Sarawak Tular, Boleh Naik Dari Summermall Ke Waterfront
Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kopi Yang Dibru Ala Turki, Ketahui Belalak Addicted Coffee Di Kuching Kopi Yang Dibru Ala Turki, Ketahui Belalak Addicted Coffee Di Kuching
Next Article Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?