• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya

Oleh
Ismail NA
13 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Nyaman palak.

Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya. Seorang lelaki Arab Saudi mendakwa telah berkahwin sebanyak 53 kali. Lapor Gulf News, beliau berkata matlamatnya adalah untuk kestabilan dan ketenangan fikiran, bukan keseronokan peribadi.

Digelar sebagai “poligami abad ini”, lelaki berusia 63 tahun itu memberitahu televisyen milik Saudi MBC bahawa dia kini berkahwin dengan seorang wanita dan tidak bercadang untuk berkahwin semula.

Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya
Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya. Gambar hiasan.

“Ketika pertama kali berkahwin, saya tidak bercadang untuk berkahwin lebih daripada seorang wanita kerana berasa selesa dan mempunyai anak,” katanya. “Tetapi selepas beberapa ketika, masalah berlaku dan saya memutuskan untuk berkahwin lagi ketika berusia 23 tahun dan saya memaklumkan keputusan saya kepada isteri saya,” tambah lelaki yang dikenali sebagai Abu Abdullah atau bapa Abdullah itu.

Dia berkata kemudian masalah tercetus antara isteri pertama dan kedua, menyebabkan dia berkahwin semula untuk kali ketiga dan keempat. Abu Abdullah berkata dia kemudian menceraikan isteri pertama, kedua dan ketiga.

Dia memberi hujah bahawa sebab perkahwinannya yang kerap adalah mencari wanita yang boleh membahagiakannya, mengatakan dia cuba berlaku adil kepada semua isterinya.

Lebih suka wanita yang lebih tua

“Saya berkahwin dengan 53 wanita dalam tempoh yang lama. Yang pertama ketika saya berumur 20 tahun dan dia 6 tahun lebih tua daripada saya,” katanya.

Menurutnya, masa perkahwinannya yang paling singkat adalah untuk satu malam. “Setiap lelaki di dunia ini ingin mempunyai seorang wanita dan kekal bersamanya selama-lamanya. Kestabilan bukan untuk wanita muda, tetapi dengan wanita tua,” tambahnya.

“Kebanyakan perkahwinan saya adalah dengan wanita Arab Saudi.” 

Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya
Gambar hiasan. Kredit foto: Jacquelyn Martin via AP

Abu Abdullah berkata dia juga pernah berkahwin dengan wanita asing semasa lawatan perniagaannya ke luar negara. “Saya pernah tinggal selama tiga hingga empat bulan. Jadi saya berkahwin untuk melindungi diri daripada maksiat,” katanya.

Dalam Islam, yang membenarkan berkahwin sehingga empat isteri dalam satu masa, jika seorang lelaki tidak boleh berlaku adil terhadap semua isterinya, maka dia mesti berkahwin dengan seorang sahaja.

Tapi tapi tapi, tak fikir ke perasaan isteri-isteri tu bila diceraikan, hurmm? Mana kata encik lah. Asal kau bahagia, gittew.

Kalau di Sabah dan Sarawak, perkahwinan rentas budaya adalar sesuatu yang unik dan menjadi simbol keharmonian di Borneo. Contohnya seperti ini:

Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini
Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
SUMBER :Gulf News
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nama Diinspirasi Dari Bandar London, Projek ‘Neu Pendington’ Bakal Tingkat Pembangunan Di Pending
Next Article Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?