• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Nampak Macam Kolam’, Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk

Oleh
Nazihah AN
17 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
'Nampak Macam Kolam Ikan', Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk

Netizen sampai gelarnya sebagai ‘Nonok Family Waterpark’

‘Nampak Macam Kolam’, Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk. Isu jalan rosak di Sarawak tidak pernah habis, ada saja isu lopak air tengah jalan, jalan tidak rata dan banyak lagi isu yang timbul.

Keadaan jalan yang tidak rata dan rosak ini mampu menjejaskan mana-mana pengguna jalan raya juga kenderaan yang diguna. Hal ini telah menimbulkan keluhan dari pengguna jalan tersebut dan juga penduduk setempat.

'Nampak Macam Kolam', Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk
‘Nampak Macam Kolam’, Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk. Kredit gambar: FB Gregory Hilary

Jalan berlubang teruk hingga satu lorong sahaja yang dapat diguna oleh pengguna jalan

Tular lagi sekali bahawa jalan di Asajaya ini rosak dan terdapat lopak air yang besar di jalan raya. Tinjauan mendapati jalan itu rosak teruk dan ada bahagian yang berlubang agak dalam dan sesetengah bahagian lagi sudah tidak boleh dilalui kenderaan.

Jalan di kawasan Pekan Asajaya ini merupakan jalan yang dilalui penduduk untuk pergi dan pulang dari tempat kerja setiap hari.

'Nampak Macam Kolam', Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk
Sumber: FB Enoi Rehan

Netizen luah rasa geram kerana pembaikan jalan ini agak lambat untuk siap

Menerusi perkongsian milik Enoi Rehan yang dihantar ke dalam kumpulan Komuniti Asajaya dan Sadong di Facebook ini telah menarik perhatian netizen.

Dalam kongsian gambar tersebut, air sudah bertakung pada jalan yang berlubang sehingga menyebabkan pengguna jalan raya tidak dapat menggunakan jalan tersebut dan terpaksa menggunakan lorong sebelah untuk lalu di kawasan tersebut.

Melihat di ruangan balas, hal ini telah menimbulkan resah dan geram netizen kerana terpaksa menghadap jalan yang rosak teruk itu setiap hari, lagi-lagi semasa turun dan balik dari tempat kerja. Lihat komen netizen di bawah:

Pertama kali aku lalu sana tak tahu pun situ ada lubang.. yakin aku bawak laju sekali tak sempat brek, bunyi macam nak roboh dah kereta”

Netizen
'Nampak Macam Kolam', Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk
Sumber: FB Enoi Rehan

Pelik bin ajaib.. lambat betul nak buat jalan raya tu.. jalan pun panjang tu je dah dua minggu tak siap-siap”

Netizen
'Nampak Macam Kolam', Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk
Sumber: FB Enoi Rehan

Ramai penduduk meminta pihak kontraktor untuk mempercepatkan kerja-kerja naik taraf jalan ini supaya ia tidak menganggu aliran trafik kerana laluan ini sering diguna dari Samarahan ke Kuching.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Sering Dilihat Bawa Anak Guna Stroller Sekitar Kuching, Keadaan Mat Salleh Ini Undang Prihatin Netizen
Abang Jo Bakal Tubuh Satu Lagi Bangunan Sewa Rendah Untuk Pelajar Sarawak Di Semenanjung
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Era 60an
Next Article Khas Untuk Pelajar Warga Sarawak, Kerajaan Sarawak Pertimbang Beri Subsidi Balik Mengundi Khas Untuk Pelajar Warga Sarawak, Kerajaan Sarawak Pertimbang Beri Subsidi Balik Mengundi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?