I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Era 60an
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Era 60an

Oleh Eizzuddin Emir 16 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Bergerak membantai jenayah

Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Era 60an. Bercakap sahaja mengenai perisikan, sudah pasti kita akan bayangkan sosok rupa yang menggayakan suit hitam persis seperti James Bond ataupun filem perisikan lain seperti Mission Impossible, Kingsman dan banyak lagi.

Di Malaysia, nama ‘Blossom Wong’ cukup sohor membuatkan kisahnya menjadi inspirasi buat ramai orang disebabkan dirinya seorang wanita yang menjadi perisik membanteras jenayah sekitar tahun 60-an.

Wong Kooi Fong atau digelar Blossom Wong telah dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Nama timangan ‘Blossom’ sebenarnya diberikan oleh seorang wanita inggeris yang merupakan isteri kepada Pegawai Daerah Sungai Besi yang tinggal berdekatan kejiranan rumahnya.

Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Sekitar Tahun 60an
Elegan Berpakaian Cheongsam, Kenali Blossom Wong Bekas Perisik PDRM Tumpas Jenayah Era 60an

Digelar Blossom kerana meminati bunga

Difahamkan, sejak kecil lagi Blossom sangat suka berkebun dan menanam bunga, bermula dari situ isteri kepada Pegawai Daerah itu memanggilnya dengan nama Blossom kerana dia amat meminati bunga.

Sekitar tahun 1950-an, Blossom menamatkan pendidikan di peringkat sijil peperiksaan Senior Cambridge (kini dikenali sebagai SPM), pada waktu itu tidak terlintas difikiran untuk menyertai polis malah ibu bapanya lebih gemar beliau menjadi seorang setiausaha syarikat atau guru.

Namun, selepas beberapa bulan sebelum Malaysia medeka, Blossom menyertai Polis kerana muncul minatnya selepas melihat anggota polis wanita membuat rondaan sekitar Kuala Lumpur berpakaian seragam polis.

Kredit foto: Twitter Samudera.my

Mula bertugas sebai perisik

Setelah enam bulan menjalani latihan polis, secara rasminya pada 1 Ogos 1957 beliau menjadi anggota polis memegang jawatan Superitenden (B) Blossom Wong Kooi Fong dan ditugaskan sebagai Inspektor dalam Cawangan Khas (SB) di Pulau Pinang.

Blossom juga diberi tugas sebagai perisik dengan menggunakan nama Blossom untuk mencari maklumat rahsia berkaitan pergerakan komunis.

Bagi Blossom, kerja sebagai perisik sememangnya nampak hebat, namun baginya kerja itu amat tidak menyeronokkan kerana ganggu masa sosial bersama rakan dan keluarga risau menjejaskan identiti sebenar terbongkar.

Kredit foto: Twitter Samudera.my

Menyarung Cheongsam sebagi seragam

Difahamkan juga Blossom berasa kecewa kerana tidak dapat memakai seragam polis sebaliknya harus memakai cheongsam sepanjang bertugas melakukan undercover. Akan tetapi, Blossom masih menganggap tugas polis ini satu kerja yang menyeronokkan.

Lebih menarik perhatian, sewaktu Blossom membuat penyamaran berpakaian Cheongsam beliau berjaya menjalankan misi sehingga pihak komunis tidak menyedari kehadirannya termasuk anggota polis sendiri. ‘

Empat tahun selepas itu, Blossom diarahkan bertugas di Perak untuk menjaga lima buah balai polis. Kemudian pada tahun 1962 beliau berkahwin dan naik pangkat sebagai pegawai penyiasat kongsi gelap di Cawangan Kongsi Gelap, Pejudian dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Bukit aman di Kuala Lumpur.

Kredit foto: Twitter Samudera.my

Pada tahun 1966, misi Blossom membuat undercover semakin lantang sehingga berjaya menumpaskan pelbagai kegiatan haram melibatkan jenayah seks dan pelacuran khasnya di kelab malam dan tempat pelacuran.

Dengan prestasinya yang baik, Inspektor Jeneral Tun Haniff Omar menugaskan Blossom mengetuai Cawangan Siasatan Bahagian Keganasaan Seksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Bukit Aman.

Blossom dan juga pasukannya dikatakan anggota polis pertama menggunakan kaedah siasatan jenayah menerusi ujian DNA dan mendapat latihan terus dari Royal Canadian Mounted Police sebelum bersara pada tahun 1993.

Kredit: YT NST

Sememangnya kisah Blossom Wong telah menjadi inspirasi buat rakyat Malaysia khasnya yang ingin menyertai pasukan polis untuk menjadi seorang perisik dalam membanteras jenayah.

Lagi cerita menarik di sini:

SUMBER : World Of Buzz, Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Sarawak Border Scouts, Pasukan Keselamatan Khusus Di Sempadan Sarawak
Next Article 'Nampak Macam Kolam Ikan', Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk ‘Nampak Macam Kolam’, Netizen Luah Geram Jalan Di Asajaya Makin Teruk

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?