Kesan Darah Nampak Real, Bukan Senang Nak Buat
Nampak Real, Rupanya Kesan Darah Aina Abdul AJL34 Hasil Tangan Wanita Sarawak Ini. Walau pun Anugerah Juara Lagu ke 34 telah pun berakhir, namun kehangatannya masih lagi jelas terasa apabila netizen masih rancak memperkatakan tentang pro dan kons penganjuran untuk edisi kali ini.
Jika anda menonton persembahan salah seorang finalisnya iaitu Aina Abdul, pasti anda mengingati gimik ‘baju berdarah’ beliau yang penuh kontroversi. Namun begitu, jika diamati dari segi teknikal, pembuatan kesan khas seperti itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan. Malah, ia memerlukan teknik dan ‘timing’ yang betul bagi menampakkan kesan tersebut seperti nampak seperti efek nyata.
Untuk pengetahuan anda, mekap artis kesan khas SFX yang menggayakan Aina Abdul di Pentas AJL34 juga bukan calang-calang. Beliau juga berasal dari Sarawak dan boleh menjadi kebanggaan di atas bakat seninya selain Hafiz Suip dan Bob Yusof.
Mekap artis tersebut ialah Ella Sandera. Beliau berasal dari Sibu, Sarawak dan pernah menuntut di SMK Kampung Nangka, Sibu.
Menurutnya, kesan khas yang dibuat pada Aina Abdul merupakan kesan khas darah yang pertama dibuat secara ‘live’ olehnya. Kebiasaannya, kesan khas darah seperti itu hanya dilakukan semasa sesi penggambaran filem dan boleh diulang semula.
Dugaan Darah Keluar Lebih Awal Akibat Masalah Teknikal
Ella menjadikan perkara tersebut sebagai cabaran yang perlu diatasinya sebagai seorang mekap artis kesan khas.
Tambahnya lagi, berlaku kesilapan teknikal semasa gimik tersebut mahu dijayakan. Kesan darah sepatutnya keluar ketika Aina menyanyikan bahagian lirik ‘melepaskanmu’ kerana suis plug tidak berfungsi dengan baik. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, suis plug terpaksa disambung ke plug yang bersambung dengan pencahayaan belakang pentas dan menyebabkan darah keluar lebih awal daripada yang dirancang.
Blood work test.. 1st time buat live untuk darah, selalu buat masa nak shooting movie je, takleh nak cut.. One more!! Apapun alhamdulillah.. Terima kasih t syami panggil sy join team aina abdul.. Apapun pandangan netizen, dan apa yg ditulis dalam page yg mengatakan persembahan bunuh diri tu tak betul, tiada pun pisau ka, chainsaw ka 🤣😂.. Yg ada hose darah je, lain la ada lakonan perempuan menikam orang kat stage.. Aptb!!Note: darah keluar terlalu awal, ada berlaku kesilapan teknikal masa persembahan, suis plug tak function, krew terpaksa tukar ke plug yg joining dgn light backstage, sepatutnya tak boleh ada join dgn apa2 yg lain, hanya plug khas utk sy kontrol sahaja, belum sempat kat part lirik yg sepatutnya keluar darah, darah dah keluar awal 😔😢.. Sepatutnya part "melepaskanmu " baru darah tu keluar.. Kita merancang, tuhan menentukannya begitu..
Posted by Ella Sandera on Sunday, February 9, 2020
Bukan Calang-Calang, Rupanya Pernah Berkhidmat Untuk Filem Hollywood The White Rajah, Hantu Kak Limah 2
Bagi anda yang kurang arif tentang personaliti mekap artis SFX tanah air, Ella Sandera ini bukan sahaja melakukan mekap kesan khas tetapi juga berpengalaman dalam pembuatan ‘monsters’ dan prop prostetik. Sentuhan beliau juga pernah digunakan dalam filem-filem terkenal Malaysia seperti Hantu Kak Limah 2, Sangkar, Pulang The Movie, Pusaka, Anak Perjanjian Syaitan serta mini siri Sembil9n. Tidak lupa, filem sejarah biopik Hollywood, The White Rajah yang bakal ditayangkan tahun ini. Fuyoh!
pertama kali ambik mold actor hollywood, selalu tengok dia belakon dalam filem lord of the ring, sekarang dapat pengalaman bekerjasama.. teruja!! dia sangat peramah dan bekerjasama 😊#Repost @dom_monaghan_ (@get_repost) ・・・ Sometimes in life you are asked to sit and bear it. Not that this is incredibly hard but it IS a challenge. I don’t feel claustrophobia but this forces you to explore it. Focus on breath. Meditate. Be thankful you are alive to experience it. In order to feel reborn you must be buried. (Under slime and plaster it seems!) #becurious #sfxellasandera #movie
Posted by Ella Sandera on Thursday, September 19, 2019
Ella juga boleh dikatakan sebagai mekap artis SFX yang bertaraf profesional apabila merangkul dua anugerah dalam Anugerah PROFIMA (Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia) 2019 iaitu Anugerah Best Make Up (Film) dan Anugerah Best Special Effect Make Up (Film).
Walau pun tugas sebagai mekap artis kesan khas ini kurang dikenali ramai, namun peranannya dalam menghasilkan efek dramatik pada sesebuah karya amatlah penting. Bahkan sama penting seperti pelakon itu sendiri.
Hebat anak Sarawak!