• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Negeri Bawah Bayu’, Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak

Oleh
Nazihah AN
11 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Negeri Bawah Bayu', Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak

Sarawak adalah Bumi Kenyalang, bukan Negeri Bawah Bayu

‘Negeri Bawah Bayu’, Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak. Majalah penerbangan yang popular di kalangan pelancong telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna dengan menyebut gelaran yang salah terhadap Sarawak.

Ini berlaku kerana majalah tersebut meletakkan gelaran yang salah terhadap negeri Sarawak yang menyebabkan penduduk setempat kecewa dengan keadaan yang berlaku.

'Negeri Bawah Bayu', Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak
‘Negeri Bawah Bayu’, Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak

Majalah tersebut disediakan untuk pelancong yang menggunakan penerbangan dalam Malaysia

Individu ini memuat naik gambar di laman Twitter yang menunjukkan sub tajuk dalam majalah airlines tersebut yang mengundang kecewa daripada netizen.

Sub tajuk dalam majalah tersebut membawa tajuk ‘Escape to Sarawak’ dan sub-tajuk ‘Four hotels to book on your next trip to the Land Below the Wind’.

Namun, kekeliruan berlaku kerana Sarawak diberi gelaran sebagai Bumi Kenyalang manakala Tanah Di Bawah Bayu merujuk kepada negeri jiran iaitu Sabah.

'Negeri Bawah Bayu', Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak

Perkara ini turut menarik perhatian Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Keadaan ini telah menimbulkan kekecewaan terhadap penduduk di Sarawak, kerana gelaran yang diberikan adalah salah. Negeri Sarawak telah dikenali sebagai Bumi Kenyalang, dan gelaran ini telah popular di kalangan penduduk tempatan.

Perkara ini turut menarik perhatian Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Dalam catatan Facebook hari ini, beliau berkata beliau tidak boleh lebih terkejut apabila melihat tajuk kecil artikel yang dikendalikan oleh majalah tersebut edisi Jun 2023.

'Negeri Bawah Bayu', Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak

Oleh itu, tidak sewajarnya majalah penerbangan tersebut memberi gelaran yang salah, dan menimbulkan rasa kekecewaan terhadap penduduk Sarawak.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

[2023 PART 1] Meriah Di Sarawak, Ini Adalah Senarai Acara Menarik Tahun Ini Yang Anda Boleh Ikut Serta
Dakwa Sentimen Berbaur Rasis Yang Melampau, Kongsian Abdul Hadi Ini Undang Reaksi Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Macam Pegi Camping, Nikmati BBQ Steamboat Dan Shellout Dengan 'Healing' Style Di Samarahan Rasa Macam Pegi Camping, Nikmati BBQ Steamboat Dan Shellout Dengan ‘Healing’ Style Di Samarahan
Next Article Santai Sambil ‘Healing’, Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?