• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Santai Sambil ‘Healing’, Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping

Oleh
Husna Hazmi
11 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Port camping best di Kuching.

Santai Sambil ‘Healing‘, Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping. Buat penggemar aktiviti yang boleh menenangkan jiwa yang gusar, apa kata anda cuba singgah di Meteor Garden Recreational Farm Kuching untuk beriadah bersama keluarga, rakan atau orang tersayang.

Hanya mengambil masa lebih kurang 35-40 minit perjalanan menggunakan kenderaan dari Bandaraya Kuching, anda boleh menikmati suasana santai dikelilingi alam semulajadi di sini.

Santai Sambil 'Healing', Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping
Santai Sambil ‘Healing’, Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping. Sumber foto: FB Meteor Garden Recreational Farm
Santai Sambil 'Healing', Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping
Sumber foto: FB Meteor Garden Recreational Farm

Bayaran masuk hanya RM 3 sahaja

Meteor Garden Recreational Farm, Kuching buka setiap hari dan bayaran masuknya pula adalah hanya RM 3 sahaja! Memang berpatutan kan? Bukan setakat harganya yang berpatutan, malah kelengkapan yang disediakan di sini juga lengkap.

Tandas awam, parkir, ruangan memasak/ tempat BBQ, air, sewa kemah untuk aktiviti camping dan banyak lagi semuanya ada disediakan di sini.

Untuk tapak perkemahan, anda hanya perlu membayar RM 30 bagi satu tapak yang anda inginkan. Jika anda ingin menyewa khemah pula, anda boleh memilih Khemah kecil (RM 40), Khemah Besar (RM 60) atau Dome Shelter Tent (RM 50) sahaja.

Santai Sambil 'Healing', Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping
Sumber foto: FB Meteor Garden Recreational Farm
Santai Sambil 'Healing', Meteor Garden Recreational Farm Kuching Ini Syurga Buat Penggemar Aktiviti Camping
Sumber foto: FB Meteor Garden Recreational Farm

Anda boleh tempah pondok BBQ

Jika anda inginkan pondok BBQ pula, anda hanya perlu membayar RM 30 dan pihak Meteor Garden Recreational Farm akan menyediakan anda sekali kelengkapan BBQ. Untuk pondok pula anda juga boleh menyewa pondok besar dengan harga RM 200 yang boleh menuatkan sehingga 30 orang dan sekali dengan set BBQ serta sistem karaoke.

Selain daripada harga tapak khemah yang amat berpatutan, anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang amat indah di sini. Anda juga boleh bermandi manda di sungai yang berada dekat dengan campsite ini.

Jadi tunggu apa lagi, cepat bawa orang tersayang untuk santai sambil healing di sini! Untuk pertanyaan lanjut mengenai Meteor Garden Recreational Farm, anda boleh menghubungi 010-969 4858.

Lokasi: Batu 12, Kampung Agas Baru, Matang, Kuching.

Lagi port healing menarik buat anda di sini:

Boleh Piknik, Camping Dan BBQ, Subee Homestay Di Bau Tawar Percutian Menarik Untuk Anda
Seperti Berada Di ‘Jurassic World’, Ini Itinerari 2 Hari 1 Malam Menerokai Syurga Tersembunyi Bengoh Dam
SUMBER :FB Meteor Garden Recreational Farm
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Negeri Bawah Bayu', Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak ‘Negeri Bawah Bayu’, Majalah Airline Timbulkan Kekeliruan Pembaca Dengan Nama Gelaran Sarawak
Next Article Port Lepak Best Di Kuching, Zero O’Clock Saradise Ini Tawar Pelbagai Dessert Lazat Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?