• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nekad Berhenti Kerja, Bekas Cef Kini Bangga Bawa Gula Apong Sarawak Ke Mata Dunia

Oleh
Farisha
27 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Dari dapur hotel ke pasaran global, kisah kejayaan usahawan gula apong Sarawak

Nekad Berhenti Kerja, Bekas Cef Kini Bangga Bawa Gula Apong Sarawak Ke Mata Dunia. Saiful Firdaus Sulaiman, bekas tukang masak hotel berusia 40 tahun, telah mengubah hidupnya dengan menjadi usahawan gula apong. Lapan tahun lalu, beliau meninggalkan kerjayanya untuk mengejar impian menjual manisan tradisional Sarawak ini ke pasaran global.

Gula apong, yang dihasilkan daripada nektar pokok nipah di kawasan paya bakau, kini menjadi bahan popular dalam pelbagai hidangan moden seperti ais krim, pencuci mulut, dan minuman buatan tangan. Saiful berjaya mengubah produk tradisional ini menjadi pelbagai bentuk inovatif seperti sirap, kiub, butiran, dan pes.

Nekad Berhenti Kerja, Bekas Cef Kini Bangga Bawa Gula Apong Sarawak Ke Mata Dunia
Nekad Berhenti Kerja, Bekas Cef Kini Bangga Bawa Gula Apong Sarawak Ke Mata Dunia. Sumber foto: Facebook/SaifulFirdausSulaiman

“Kami berbangga untuk memperkukuh ekonomi tempatan dengan mengubah gula apong menjadi rangkaian produk inovatif,” kata Saiful.

Beliau bermula pada 2016 dengan modal RM100,000 dan dua pekerja. Perjalanan Saiful tidak mudah dengan penuh cabaran seperti kualiti yang tidak konsisten dan pandemik COVID-19 hampir menggugat usahanya. Namun, ketabahan Saiful menarik perhatian agensi kerajaan seperti FAMA dan TERAJU.

“Kami juga telah memasuki perniagaan teh susu, membekalkan rangkaian terkenal dengan produk kami,” kata lelaki berusia 40 tahun itu dengan bangga, menurut laporan media tempatan.

Dengan sokongan kerajaan, termasuk dana RM500,000, perniagaan Saiful berkembang pesat. Kini, syarikatnya mengeksport gula apong ke beberapa negara termasuk Brunei, Singapura, dan Arab Saudi, dengan China dan Jepun sebagai pasaran sasaran seterusnya. Syarikat beliau kini menggaji 12 pekerja dan mencatat pendapatan kasar tahunan RM1.2 juta pada 2023.

Kejayaan Saiful mencerminkan usaha FAMA dalam membantu usahawan muda melalui program seperti Geran Agropreneur Muda. Program ini telah membantu lebih 1,500 individu dan perniagaan dalam pelbagai aspek keusahawanan tani.

Sumber foto: Facebook/SaifulFirdausSulaiman

Bekas Cef hotel ubah nasib gula apong, kini dikenali seantero dunia

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri, menekankan bahawa sokongan mereka bukan sekadar bantuan kewangan. FAMA turut membantu dalam aspek pembungkusan, pemasaran, dan membuka akses ke pasaran antarabangsa.

“Sokongan kewangan yang mencukupi adalah penting, tetapi begitu juga dengan menyediakan bimbingan, pengetahuan teknikal, peluang rangkaian dan akses kepada pasaran – ini adalah pemangkin sebenar untuk keusahawanan dalam kalangan belia,” tambahnya.

Kisah Saiful membuktikan bahawa dengan sokongan yang betul, usahawan tempatan boleh mengubah produk tradisional menjadi perniagaan yang berdaya saing di peringkat global, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Keluarga Dari Sarawak Ini Rupanya Pemilik Tanah Kedua Terbesar Di New Zealand
Ini Rahsia Bagaimana Usahawan Sarawak Boleh Jimatkan Kos Dengan Memohon Servis Digital Percuma
SUMBER :MajoritiThe Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Batang Rajang Bakal Jadi Jalan Pintas Lebuhraya Pan Borneo - Tanjung Manis Jambatan Batang Rajang Bakal Jadi Jalan Pintas Lebuhraya Pan Borneo – Tanjung Manis
Next Article [TERKINI] Sarawak Kini Sah Jadi Pemegang Saham Terbesar Affin Bank [TERKINI] Sarawak Kini Sah Jadi Pemegang Saham Terbesar Affin Bank

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?