Inisiatif Kerajaan Sarawak untuk Mendigitalkan Perniagaan Usahawan Sarawak
Ini Rahsia Bagaimana Usahawan Sarawak Boleh Jimatkan Kos Dengan Memohon Servis Digital Percuma. Tahukah anda bahawa usahawan baru Sarawak yang memerlukan bantuan dalam penghasilan logo, reka bentuk kemasan dan jenama boleh memanfaatkan peluang percuma untuk dapatkan khidmat ini secara percuma?
Rahsianya adalah dengan memohon geran kerajaan Sarawak iaitu geran Go Digital 2024.

Nahh, untuk mereka yang baru mendengar tentang geran ini, GO DIGITAL Sarawak ialah geran teknologi yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).
Program Go Digital Sarawak tahun ini bukan sahaja menawarkan peralatan digital, malah turut menyediakan servis digital percuma yang amat berharga untuk perniagaan mikro kecil sederhana (MSME).
Tapi macam mana pula servis digital ni boleh jimatkan kos usahawan baru macam anda? Ini penjelasannya:
- Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik:
- Pembuatan Logo: Logo yang menarik dan profesional boleh meningkatkan imej jenama anda dan membantu pelanggan mengingati perniagaan anda dengan lebih mudah.
- Reka Bentuk Kemasan: Pembungkusan produk yang menarik boleh meningkatkan nilai produk anda dan menarik perhatian pelanggan di pasaran yang semakin kompetitif.
- Reka Bentuk Penjenamaan: Identiti jenama yang konsisten akan membantu membina kepercayaan pelanggan dan meningkatkan pengiktirafan jenama anda.
- Reka Bentuk Video: Video yang menarik boleh membantu anda berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih berkesan dan meningkatkan penglibatan di media sosial.
- Perkhidmatan Menyedia Kandungan Media Sosial:
- Kandungan yang menarik dan konsisten di media sosial boleh membantu anda menjangkau lebih ramai pelanggan berpotensi.
- Ia membantu membina hubungan yang lebih erat dengan pelanggan sedia ada.
- Meningkatkan kesedaran jenama dan membina komuniti di sekitar perniagaan anda.
- Membolehkan anda berkongsi maklumat tentang produk dan promosi dengan lebih mudah dan berkesan.
- Pembangunan Laman Sesawang:
- Laman web yang profesional memberi kredibiliti kepada perniagaan anda.
- Ia menjadi platform untuk anda mempamerkan produk dan perkhidmatan secara terperinci.
- Membolehkan pelanggan mencari maklumat tentang perniagaan anda pada bila-bila masa.
- Boleh berfungsi sebagai platform e-dagang untuk jualan dalam talian.

Kesemua perkhidmatan digital ini biasanya memerlukan kos yang tinggi jika ditempah secara berasingan. Dengan mendapatkannya secara percuma melalui program Go Digital Sarawak, perniagaan mikro kecil boleh:
- Menjimatkan kos operasi yang besar.
- Meningkatkan imej profesional perniagaan tanpa perbelanjaan tambahan.
- Bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran digital.
- Meluaskan jangkauan pasaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
- Meningkatkan kecekapan operasi melalui penggunaan alat digital yang tepat.
Dengan memanfaatkan perkhidmatan digital percuma ini, perniagaan mikro kecil di Sarawak boleh mengambil langkah besar ke arah transformasi digital, meningkatkan daya saing mereka dan membuka peluang pertumbuhan yang lebih luas dalam era ekonomi digital ini.
Lebih menarik, perkhidmatan ini boleh dipohon bersama perkakasan elektronik atau perisian dengan syarat nilainya tidak melebihi RM 10,000!
Usahawan boleh memohon pelbagai servis digital, peralatan elektronik dan perisian bernilai sehingga RM 10,000
Pada awal pengenalannya, geran ini bertujuan membantu usahawan MSME yang terjejas akibat pandemik untuk beralih ke platform digital dengan lebih cepat dan berkesan. Kini, ia diteruskan sebagai sebuah inisiatif yang membantu MSME mendigitalkan perniagaan mereka selain meningkatkan nilai penjenamaan perniagaan mereka. Inisiatif ini selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk melahirkan rakyat celik digital yang mampu menggunakan kaedah ekonomi digital dalam kehidupan harian.
Pemohon boleh mendaftar dan memilih produk atau servis yang diperlukan dari katalog yang disediakan, dengan syarat jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 10,000. Selain servis digital, ini juga antara perkakas dan perisian yang anda berpeluang untuk miliki secara percuma sekiranya anda terpilih untuk menjadi penerima geran Go Digital 2024.
1. Macbook Pro

2. DJI Mini Pro

3. iPad Air

4. Kamera Canon EOS R

5. Desktop Intel i7/Ryzen 7 atau setara dengannya

6. ePos

7. Laptop Intel i5/Intel i7/Ryzen 5/Ryzen 7 atau setara dengannya

8. Monitor 32 Inci

9. Pakej Canva Premium 1 Tahun

10. Pakej Microsoft 365 Business Basic

Menarik sik menarik? Mun ngumpul duit pake meli atau mayar servis, boleh tahan juak oo.
Berikut adalah senarai usahawan MSME yang layak memohon
Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan sah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Ordinan Nama Perniagaan 1958/Akta Pertubuhan Koperasi 1993 atau permit perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Secara ringkas, jenis perniagaan yang layak memohon termasuk:
- Kedai runcit atau perkakasan
- Usahawan fotografi dan videografi
- Restoran, kafe dan perniagaan berasaskan makanan dan minuman
- Pencipta kandungan
- Pereka grafik
- Kedai bakeri
- Perniagaan dari rumah/jualan dalam talian/e-dagang
- Sektor pertanian
- Pengurusan acara/perancang perkahwinan
Anda akan dimaklumkan melalui e-mel jika terpilih untuk menerima geran ini. Mudah sahaja, bukan? Tarikh tutup permohonan Go Digital 2024 adalah pada 31 Ogos 2024, Sabtu.
Waktu permohonan semakin singkat. Mohon sekarang untuk mengelakkan kesesakan di saat akhir.
Permohonan baharu Go Digital 2024 boleh dibuat dengan menekan butang berikut: