• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Bengang Papan Trek Jogging Di Sebuah Taman Reakreasi Kuching Jadi Modal Pencuri

Oleh
Aina Musa
31 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Netizen Bengang Papan Trek Jogging Di Sebuah Taman Reakreasi Kuching Jadi Modal Pencuri

Kayu pun jadi modal pencuri

Netizen Bengang Papan Trek Jogging Di Sebuah Taman Reakreasi Kuching Jadi Modal Pencuri. Tular di Facebook hari ini apabila ada netizen mendakwa jambatan untuk trek jogging menjadi mangsa vandalism oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab.

Dikatakan, berlakunya kejadian kecurian kayu papan untuk jambatan tersebut sehingga jambatan itu tidak kelihatan seperti asal akibat kesemua papannya telah dibuka dan dicuri.

Netizen Bengang Papan Trek Jogging Di Sebuah Taman Reakreasi Kuching Jadi Modal Pencuri
Netizen Bengang Papan Trek Jogging Di Sebuah Taman Reakreasi Kuching Jadi Modal Pencuri. Kredit: Kasz Syauqi

Menerusi hantaran di Facebook, Kasz Syauqi memberitahu, kejadian itu berlaku di sebuah taman reakreasi di Pustaka, Kuching.

Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, golongan ini sanggup melakukan apa sahaja.

Berlaku di taman reakreasi Pusaka, Kuching

Ini termasuklah mencuri papan jambatan yang sepatutnya untuk kegunaan orang awam yang beriadah di Pustaka.

Difahamkan, jambatan itu terletak di dihadapan pintu masuk Maahad Tahfiz Masjid Jamek.

Netizen Bengang Papan Trek Jogging Di Sebuah Taman Reakreasi Kuching Jadi Modal Pencuri

Kejadian itu dikesan oleh orang awam yang lalu lalang untuk beriadah di kawasan itu.

Ini menerbitkan kemusykilan orang ramai dan ia bertambah pelik apabila pencuri tersebut gigih membuka kayu papan tersebut satu persatu demi mendapatkan wang.

Ada yang berpendapat kegiatan terkutuk itu dijalankan pada dini hari ketika laluan tersebut masih lagi sunyi tanpa lalu lalang orang awam.

Ini reaksi orang awam

Setelah meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Menurut netizen, pencuri tersebut dikatakan sanggup mencuri kayu untuk jambatan itu kerana berkemungkinan jambatan tersebut diperbuat daripada kayu jenis belian.

Seperti diketahui ramai, harga untuk kayu belian ini dikatakan lebih mahal berbanding dengan kayu-kayu lain.

Tambah netizen, perbuatan terkutuk ini dilakukan oleh ‘geng sakit palak’ iaitu sekumpulan individu penagih yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit bagi membeli stok ‘ubatan’ mereka.

Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati menggunakan trek tersebut memandangkan trek tersebut sudah ‘dicacatkan oleh kumpulan individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Lori Simen Rempuh Tiang Kabel Komunikasi, Penunggang Motosikal Maut Di Asajaya
Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lori Simen Rempuh Tiang Kabel Komunikasi, Penunggang Motosikal Maut Di Asajaya Lori Simen Rempuh Tiang Kabel Komunikasi, Penunggang Motosikal Maut Di Asajaya
Next Article Ala-Ala Fine Dining, 46 Kafe D Boyan Ini Tawar Makanan Enak Serta Pemandangan Indah Kuching Ala-Ala Fine Dining, 46 Kafe D Boyan Ini Tawar Makanan Enak Serta Pemandangan Indah Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?