• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Berang Dengar Lelaki ‘Penunggang Agama’ Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba

Oleh
Ismail NA
14 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

“Lelaki apa macam ni. Sebelum kahwin, sorok wajah syaitan. Dah kahwin keluar tanduk kat kepala,” – Netizen

Netizen Berang Dengar Lelaki ‘Penunggang Agama’ Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba. Sedangkan lidah lagi, inikan pula hidup berumah tangga. Namun, tidak semua pergolakan rumah tangga dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Lebih malang, salah seorang daripada pasangan ini bertindak zalim dan kejam.

Isi Isi Penting
  • “Lelaki apa macam ni. Sebelum kahwin, sorok wajah syaitan. Dah kahwin keluar tanduk kat kepala,” – Netizen
  • Suami zalim, malukan isteri di khalayak ramai
  • Mental terjejas akibat perlakuan suaminya
  • Pihak atasan ‘cover’ si suami, berlagak bujang di media sosial
  • Netizen gesa buat aduan kepada pejabat agama

Inilah luahan yang disampaikan oleh seorang wanita menerusi perkongsiannya di laman Facebook. Sehingga kini, perkongsian beliau telah tular dan mendapat lebih daripada 2,000 shares di platform terbabit.

Netizen Berang Dengar Lelaki 'Penunggang Agama' Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba
Netizen Berang Dengar Lelaki ‘Penunggang Agama’ Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba. Sumber: FB Fzni Rose

Suami zalim, malukan isteri di khalayak ramai

Menurut beliau, suaminya yang juga merupakan seorang tentera telah bertindak zalim ke atasnya dengan pelbagai perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang suami. Antaranya seperti memukul, mencaci, menghina dan membiarkan isterinya tidak makan selama berhari-hari.

Ujarnya lanjut, suaminya juga hanya muncul apabila dicari. Malah, wanita ini juga sering menerima dihina dan ditengking oleh si suami di khalayak ramai di pelbagai tempat seperti di kedai makan dan hospital. Lebih memilukan, suaminya melabelkan wanita ini sebagai ‘boros’ dan ‘menyusahkan’ setiap kali beliau meminta wang untuk keperluan harian.

Mental terjejas akibat perlakuan suaminya

Keganasan domestik rumah tangga yang dihidapi olehnya menyebabkan si isteri kini menerima rawatan di Hospital Sentosa akibat penderaan mental oleh sang suami. Apatah lagi, kini wanita berkenaan sedang hamil dan cuba menguatkan diri demi anak yang tidak bersalah dalam kandungannya.

Netizen Berang Dengar Lelaki 'Penunggang Agama' Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba
Sumber: FB Fzni Rose
Netizen Berang Dengar Lelaki 'Penunggang Agama' Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba
Sumber: FB Fzni Rose

Pihak atasan ‘cover’ si suami, berlagak bujang di media sosial

Dalam keadaan beliau sarat mengandung itu juga, suaminya hilang dan sering tidak pulang ke rumah. Dakwa wanita ini juga, suami ‘ustaz’ nya itu langsung tidak menjawab panggilan dan pesanan Whatsapp sehingga wanita ini bersama ibunya sanggup pergi ke tempat kerja suami untuk mengetahui keberadaan lelaki berkenaan.

Malang baginya, pihak atasan di tempat kerja tersebut juga seolah-olah menyalahkan wanita berkenaan yang dikatakan ‘bermasalah’.

Suami wanita ini juga berlagak seperti orang bujang di laman media sosial tetapi bertegas mahu mengambil anak dalam kandungan setelah ia dilahirkan kelak. Kekecewaan wanita ini seperti tidak dapat diselindungkan lagi apabila beliau mempersoalkan keadilan seorang suami yang kononnya alim, penuh ilmu agam di dada namun tidak mampu melayan isteri dengan baik.

Netizen Berang Dengar Lelaki 'Penunggang Agama' Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba
Sumber: FB Fzni Rose

Netizen gesa buat aduan kepada pejabat agama

Rentetan daripada kisah yang dikongsikan oleh wanita ini, ramai yang mengecam tindakan ‘pengecut’ suaminya dan mendoakan agar si isteri dipermudahkan urusan untuk mengharungi dugaan hidup yang dilaluinya.

Tidak kurang juga, ada yang menasihati untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pejabat agama.

Netizen Berang Dengar Lelaki 'Penunggang Agama' Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba
Sumber: FB Fzni Rose
Netizen Berang Dengar Lelaki 'Penunggang Agama' Ini Layan Isteri Hamil Macam Hamba
Sumber: FB Fzni Rose

Semoga kisah ini menjadi pengajaran, tidak kira lelaki mahupun wanita di luar sana yang sudah atau akan berumah tangga. Jagalah pasangan anda dengan sebaiknya, kerana mereka adalah amanah daripada keluarga mereka yang telah menjaganya dengan baik dari kecil. Wallahualam.

Lagi kisah duka pasangan berumah tangga yang mesti anda jadikan pengajaran:

SUMBER :FB Fzni Rose
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempah Makanan Kini Di Hujung Jari, ShopeeFood Sudah Sampai Di Kota Kinabalu
Next Article 'Koyak Ke Tu?' Jawab Noh Salleh Kepada Pihak Media Ini Menarik Perhatian Netizen ‘Koyak Ke Tu?’- Netizen Puas Lihat Media Sentap Disekolahkan Noh Salleh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?