• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Berang, Tiket Penerbangan Balik Sarawak Sama ‘Berapi’ Macam Ke London Pada Bulan 12

Oleh
Husna Hazmi
24 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Balik Sarawak macam nak balik ke London lah pulak kan?

Netizen Berang, Tiket Penerbangan Balik Sarawak Sama ‘Berapi’ Macam Ke London Pada Bulan 12. Penerbangan daripada Semenanjung Malaysia untuk balik ke Sarawak terutamanya pada musim perayaan sememangnya amat mahal seperti nak terbang ke luar negara.

Harga tiket mencecah RM 1,000 ke atas

Pemain sape terkemuka Malaysia yang berasal dari Sarawak, Alena Murang telah meluahkan perasaan kecewa di akaun social media miliknya dengan harga tambang penerbangan yang terlalu mahal untuk balik ke kampung halaman. Mana tidaknya, harga tiket mencecah RM 1,500 ke atas untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching sahaja kot!

Menurutnya, harga tiket balik Sarawak macam harga penerbangan dari KLIA ke London! Perbezaan penerbangan domestik ke negeri lain dan ke Sarawak juga amat jauh bezanya. Sebagai contoh, kita ambil perbezaan antara penerbangan pada tarikh yang sama dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Kuala Lumpur ke Langkawi dan juga Kuala Lumpur ke Sarawak.

Netizen Berang, Tiket Penerbangan Balik Sarawak Sama 'Berapi' Macam Ke London Pada Bulan 12
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabealu
Netizen Berang, Tiket Penerbangan Balik Sarawak Sama 'Berapi' Macam Ke London Pada Bulan 12
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi
Netizen Berang, Tiket Penerbangan Balik Sarawak Sama 'Berapi' Macam Ke London Pada Bulan 12
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching

Nampak jelaskan perbezaan harga di situ

Semua syarikat penerbangan menawarkan harga yang amat mahal bagi penerbangan ke Sarawak. Sejak perintah berkurung dilaksanakan, ramai rakyat terutamanya yang tinggal jauh atau bekerja jauh dari kampung halaman tidak berkesempatan untuk pulang.

Cuba bayangkan berapa ramai individu yang ingin pulang di musim perayaan namun tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan tersebut kemudian terpaksa menahan rasa rindu kepada keluarga setelah bertahun tidak berjumpa.

Memang benar, harga tambang penerbangan akan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran namun harga mencecah RM1,000 ke atas itu memang tidak masuk akal!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda! Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda!
Next Article Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bagi 50% Diskaun Saman Trafik Mulai 1 Disember Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?