I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda!
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda!

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 24/11/21 5:33 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda!
Kongsi

Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA diadakan bersempena dengan Festival Bitara Seni Kita

Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda! Jika anda ingin menghabiskan hujung minggu anda melakukan sesuatu yang berfaedah atau ingin mempelajari kemahiran baharu, anda dialu-alukan untuk menyertai Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA.

Buat kali pertamanya dengan kerjasama dengan Balai Seni Negara, Kelab Jiwa Seni 9Lives Kuching akan mengadakan program ini bermula pada 26 November hingga 28 November 2021.

Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda!

Terdiri daripada sesi perkongsian dan tunjuk ajar daripada artis visual yang berpengalaman

Bersempena dengan Festival Bitara Seni Kita yang juga dilancarkan secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara (Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor), program 3 hari ini padat dengan sesi perkongsia dan tunjuk ajar daripada ahli-ahli Kelab Jiwa Seni 9Lives Kuching.

Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah bengkel Pocket Studio oleh Yasmin Yusuf, bengkel Calligraffiti oleh Dhiya Roslan (Letterhythm) dan bengkel Colour Alert oleh Amy Amin.

Bengkel Pocket Studio dibimbing oleh Yasmin Yusuf.
Bengkel Calligraffiti akan dibimbing oleh Dhiya Roslan aka Letterhythm.
Bengkel Colour Alert akan dibimbing oleh Amy Amin.

Untuk bengkel Pocket Studio dan Colour Alert, kedua-kedua bengkel ini akan diadakan secara maya pada 26 dan 28 November 2021.

Bagi bengkel Calligraffiti pula, ia akan diadakan secara bersemuka pada 27 November 2021 bertempat di HAUS KCH, Kuching.

Menurut pengerusi Kelab Jiwa Seni 9Lives, Husni Zuhairin (juga dikenali sebagai ‘D2K’), beliau berkata kerjasama ini merupakan inisiatif untuk memupuk dan memelihara seni agar terus tumbuh dan mekar di Sarawak.

“Usaha untuk memelihara seni boleh diibaratkan seperti menanam benih. Hari ini mungkin kita cuma nampak tunasnya tetapi jika dijaga dan disiram akan mendatangkan hasil. Lebih bagus kita sama-sama berusaha dan saling melengkapi supaya apa yang kita semai akhirnya berbungai,”

katanya lagi.

Peluang yang baik untuk mengenali cabang-cabang bidang industri seni kreatif

Disasarkan kepada para ibubapa dan anak-anak remaja, objektif utama program BAGUS SAMASAMA adalah untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang seterusnya membolehkan mereka mengenali cabang-cabang bidang industri seni kreatif.

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: GOV.UK

Selain itu, program ini juga mengetengahkan kepentingan seni dan kreativiti sebagai alat untuk memupuk nilai toleransi dan keterbukaan dalam hubungan kekeluargaan.

Program yang menggabungkan tiga penggiat seni daripada disiplin berbeza dan diselaras oleh Sufian Mohidin telah dikoordinasikan agar dapat mencapai anjakan paradigma yang diperlukan untuk ekosistem seni di Sarawak.

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan menerusi laman rasmi Kelab Jiwa Seni 9Lives Kuching. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Amy Amin di +6012-870 0282.

Lagi di sini:

Kedung BK 24 November 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan
Next Article Netizen Berang, Tiket Penerbangan Balik Sarawak Sama ‘Berapi’ Macam Ke London Pada Bulan 12

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Event Menarik

Ada Persembahan Artis Antarabangasa, Mari Meriahkan Konsert Tribute Queen Di BCCK 30 Julai Ini

29 Jun 2022
Event Menarik

Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini!

29 Jun 2022
Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini!
Event Menarik

Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini!

27 Jun 2022
Event Menarik

Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching

24 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?