• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Dedah Bagaimana Kutu Beras Boleh Masuk Dalam Beras Dan Cara Atasinya

Oleh
Ismail NA
13 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Siapa yang selalu masuk dapur, mesti dapat relate kan?

Netizen Dedah Bagaimana Kutu Beras Boleh Masuk Dalam Beras Dan Cara Atasinya. Pernah ke tak, beras di dapur anda tiba-tiba ada banyak kutu beras? Mesti annoying kan masa nak cuci. Apatah lagi kutu ini masih kelihatan apabila nasi anda sudah masak.

Menerusi sebuah rajutan daripada seorang pengguna Twitter, @naimpestcontrol, beliau berkongsi tentang punca bagaimana kutu beras boleh memasuki bungkusan beras meskipun bungkusan tersebut ditutup dengan rapat dan belum dibuka.

Netizen Dedah Bagaimana Kutu Beras Boleh Masuk Dalam Beras Dan Cara Atasinya
Netizen Dedah Bagaimana Kutu Beras Boleh Masuk Dalam Beras Dan Cara Atasinya. Sumber: Twitter @naimpestcontrol

Telur kutu beras disimpan dalam butir beras?

Jelas Naim, kutu beras atau dipanggil sebagai Rice Weevil dalam bahasa Inggeris merupakan serangga dalam kategori Stored Product Pest. Kutu beras ini menjadikan biji benih seperti gandum, tepung dan beras.

Bukan itu sahaja, serangga ini juga sebenarnya bertelur di dalam beras anda!

Kutu beras akan menjadikan sebutir beras sebagai hos untuknya menyimpan telur. Kutu beras ini pada asalnya akan menebuk isi di dalam beras itu sehingga kosong dan menyimpan telurnya di dalam beras itu.

Kutu akan keluar dari beras apabila mencapai tempoh matang. Daripada sinilah, kutu beras akan muncul dengan ‘ajaibnya’ di dalam bungkusan beras anda yang belum dibuka!

Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupon beras tu kita baru beli ?

Serangga ni sebenarnya dia bertelur didalam beras tu sendiri. Dia akn jadikn sebutir beras kita tu sbg tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dgn menebuk isi dlm beras tu sehingga kosong. pic.twitter.com/MdxIOJxWlk

— Naim Pakar Pest (@naimpestcontrol) September 13, 2022

Melalui kutu beras ini, maka ianya akan terus membiakkan telur-telur dengan mengulang semula kitaran hidupnya menebuk beras-beras.

Kutu beras buatkan beras anda hancur dan cepat basi

Tambah Naim lagi, nasi yang kita makan setiap hari berkemungkinan mengandungi telur kutu beras. Walau bagaimanapun, telur kutu beras ini tidak berbahaya untuk dimakan oleh manusia.

Beras-beras yang mengandungi kutu beras ini berbeza dengan beras segar yang belum kelihatan kutu beras. Untuk mengenal pasti beras yang telah dicemari dengan kutu beras, anda akan mendapati bahawa beras anda akan cepat hancur, tidak tahan lama apabila dimasak dan cepat basi.

Netizen Dedah Bagaimana Kutu Beras Boleh Masuk Dalam Beras Dan Cara Atasinya

Cara atasi pencemaran kutu beras

Tetapi, usah risau! Masih ada caranya untuk anda mengatasi kehadiran dan pencemaran kutu beras ini.

Jika beras anda sudah dicemari dengan kutu beras, anda boleh menghapuskan kutu beras ini dengan menjemurnya di tengah panas selama 15 hingga 20 minit. Hal ini kerana kutu beras ini sangat sensitif dengan suhu.

Dengan menjemurnya dengan menebarnya di atas talam, kutu tersebut akan keluar dengan sendirinya dan beras anda akan bebas daripada kutu beras ini.

Netizen Dedah Bagaimana Kutu Beras Boleh Masuk Dalam Beras Dan Cara Atasinya

Untuk beras yang masih baru pula, anda boleh melindungi beras anda dengan meletakkan daun salam atau bay leaf ke dalam beras kerana kutu beras tidak menyukai bau ini.

Satu lagi cara adalah dengan meletakkan lada hitam ke dalam bekas simpanan beras anda kerana lada hitam ini bersifat toksik kepada kutu beras. Anda boleh menaburnya sedikit ke dalam bekas beras anda.

Jadi, kalau anda risau kutu beras mencemari beras, mungkin info ini sangat berguna untuk anda. Sayang pula kalau dah beli beras tapi rosak sebab kutu beras, kan?

Penyaram merupakan kuih muih tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak, ini cara dan tips berguna untuk menghasilkannya dengan cantik:

https://www.iloveborneo.my/tips-goreng-kuih-penyaram-viral-confirm-terbentuk-cantik/
https://www.iloveborneo.my/ini-tips-pilih-butter-yang-betul-agar-kek-menjadi-dan-sedap/
SUMBER :Twitter @naimpestcontrol
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K
Next Article Cawangan Baharu Di Samarahan, Roti Boy Dan Big Apple Bakal Dibuka Di Summer Mall Cawangan Baharu Di Samarahan, Roti Boy Dan Big Apple Bakal Dibuka Di Summer Mall

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?