• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Telah Disahkan Bersalah

Oleh
Nazihah AN
3 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
TERKINI: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Telah Disahkan Bersalah

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dijatuhkan sabitan atas 2 kesalahan terhadap adik Bella

TERKINI: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Telah Disahkan Bersalah. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa suspek, Siti Bainun Ahd Razali bersalah atas tuduhan mengabai dan menganiaya adik Bella yang mempunyai Sindrom Down. Keputusan ini membuktikan bahawa keadilan telah tercapai.

Sekiranya sabit kesalahan, Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak menetapkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50 ribu. Walau bagaimanapun, mahkamah masih belum menetapkan hukuman pada suspek.

TERKINI: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Telah Disahkan Bersalah

Semua peguamnya menarik diri sebelum prosiding kes bela diri bermula

Pada November 2022, Siti Bainun menangis apabila mahkamah memerintahkannya untuk membela diri atas pertuduhan tersebut. Tetapi pada Januari 2023, dia sekali lagi menangis kerana semua peguamnya menarik diri sebelum prosiding kes bela diri bermula.

Bainun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella. Tiada keraguan lagi dan kes ini telah disahkan.

Sekiranya mahkamah menjatuhkan hukuman, Siti Bainun boleh dikenakan hukuman penjara selama maksimum 20 tahun dan denda RM50 ribu di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.

Hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Siti Bainun masih belum diberikan oleh mahkamah

Pada akhir kes pembelaan, pasukan pembelaan Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut. Pada November 2022, pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas suspek. Elemen kesalahan jenayah abai dan aniaya Bella telah dibuktikan.

Keputusan akhir mengenai hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Siti Bainun masih belum diberikan oleh mahkamah. Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang yang tegas harus diambil bagi menangani kesalahan jenayah seperti ini, terutama dalam melindungi kanak-kanak dan orang yang memerlukan penjagaan khas seperti Bella.

TERKINI: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Telah Disahkan Bersalah

**Update: Hakim Izralizam Sanusi jatuhkan hukuman 12 tahun penjara ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

“Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan 10 tahun dari tarikh sabitan dan bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman pemenjaraan 12 tahun dari tarikh sabitan.

“Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak,” katanya.

Selain itu, beliau turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca pautan di bawah:

Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Dera Dan Rantai Isteri Selama Bertahun-Tahun, Seorang Lelaki Dipenjara 9 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Tegur Suara Perlu 'Polish', Tindakan Penyanyi & Producer Tempatan Ini Mahu Saman Raih Perhatian Netizen Tegur Suara Perlu ‘Polish’, Tindakan Penyanyi & Producer Tempatan Ini Mahu Saman Raih Perhatian
Next Article 'Kafe Tutup Pun Budak Uni Nangis,' Cadangan Lelaki Ini Untuk Kembalikan PLKN Diterima Hebat Netizen ‘Kafe Tutup Pun Budak Uni Nangis,’ Cadangan Lelaki Ini Untuk Kembalikan PLKN Diterima Hebat Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?