• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA

Oleh
ILB - AI
21 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Selebriti popular Korea Selatan, Rain bakal ke Kuching

Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA. Festival Filem Antarabangsa (AIFFA) Ke-6 akan kembali diadakan secara fizikal pada 2 hingga 4 Ogos 2023 depan.

Kuching Sarawak sekali lagi akan menjadi tuan rumah acara menarik tersebut selama 3 hari di mana individu hebat dalam industri filem berkumpul untuk merayakan dan mengiktiraf keunggulan filem.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengumumkan bahawa bintang popular dari Korea Selatan, Rain, sebagai artis antarabangsa ke Festival Filem Antarabangsa (AIFFA) 2023 di Kuching pada Ogos ini.

Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA
Sumber: wiki

Menerusi laporan, Rain, superstar korea yang cukup dikenali sebagai seorang penyanyi, penari, pelakon dan juga pengacara pelbagai rancangan telah dijemput ke Kuching, Sarawak untuk filem festival, AIFFA 2023.

“Tuan-tuan dan puan puan, bintang selebriti untuk AIFFA 2023 ialah selebriti popular dari Korea Selatan, iaitu Rain,” ujarnya memetik video yang dimuat naik oleh sumber.

Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA
Sumber: AIFFA

Rakyat Sarawak teruja dengan kedatangan Rain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Karim kerana tidak menyangka bintang Korea Selatan itu akan ke Kuching untuk AIFFA.

Dalam pada itu, ramai yang teruja dengan kehadiran Rain dan mendakwa ramai yang mahu pulang ke kampung itu semata-mata untuk bertemu Rain pada majlis AIFFA.

Sudah lima kali AIFFA diadakan di Kuching, Sarawak

Untuk makluman, AIFFA diiktiraf Menteri Pelancongan ASEAN pada 2012 sebagai acara mengetengahkan naskhah ASEAN.

AIFFA dianjurkan sebanyak lima kali di Kuching, Sarawak. Pada 2021, acara dianjurkan secara online. Antara selebriti yang pernah menghadiri AIFFA termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Donnie Yen dan Steven Seagal.

Baca juga artikel yang berkaitan:

AIFFA 2023 Kembali Memeriahkan Suasana Pada 2 Hingga 4 Ogos Depan
Fasih Berbahasa Korea, Pemandu Bot Pelancong Di Sabah Ini Tarik Perhatian Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Muka Pedih Dan Nafas Sesak', Wanita Kongsi Nyawa Hampir Melayang Lepas Makan Donut Peach Viral ‘Muka Pedih Dan Nafas Sesak’, Wanita Kongsi Nyawa Hampir Melayang Lepas Makan Donut Peach Viral
Next Article Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan Bengang Tunggu Lama Di Klinik, Individu Dakwa Jururawat Leka Main Phone Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?