• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari

Oleh
Ismail NA
14 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kasihan pula.

Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari. Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, seorang pelanggan bernama Cik Kirana Bunga Matahari menyatakan rasa kesalnya dengan kecuaian pekerja di sebuah pasaraya di Kuching.

Hal ini susulan adik pelanggan tersebut yang hanya menerima baucer pasaraya selepas menukar wang syiling di sebuah mesin menukar wang di pasaraya terbabit.

Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari
Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari. Sumber: FB Cik Kirana Bunga Matahari

Pekerja yakin jawab pertanyaan boleh tukar syiling ke wang tunai

Menurut Kirana, adiknya yang baru pertama kali menggunakan mesin tukar wang tersebut menanyakan kepada pekerja pasaraya berkenaan tentang cara untuk menggunakan mesin terbabit. Adiknya juga turut menanyakan sama ada duit syiling yang ditukar di mesin berkenaan dapat ditukar ke wang tunai atau pun tidak.

Pekerja tersebut dikatakan menjawab pertanyaannya dengan yakin bahawa wang syiling itu boleh ditukar menjadi wang tunai.

Namun, selepas resit dikeluarkan daripada mesin berkenaan, adik Kirana hanya diberitahu di saat akhir bahawa syiling yang ditukar itu sebenarnya hanya boleh digunakan dalam bentuk baucer tunai.

Baucer hanya sah digunakan dalam masa sehari sahaja

Lebih mengecewakan, baucer tunai tersebut hanya sah digunakan dalam masa sehari sahaja.

Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari
Sumber: FB Cik Kirana Bunga Matahari

Akui Kirana, adiknya tidak membaca arahan panjang yang terdapat di mesin berkenaan kerana takut tidak memahaminya dengan jelas dan mengambil keputusan untuk bertanya terus kapada pekerja bagi mendapatkan penerangan pantas.

Kasihan kalau ada orang yang tak pandai membaca, sia-sia saja menangis di bucu mesin lepas tukar duit syiling ke duit kertas

Netizen tidak setuju dengan polisi baucer tunai sehari

Perkongsian Kirana ini mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya tidak setuju dengan polisi baucer sah sehari yang dikenakan oleh pasaraya berkenaan.

Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari
Sumber: FB Cik Kirana Bunga Matahari
Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari
Sumber: FB Cik Kirana Bunga Matahari
Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari
Sumber: FB Cik Kirana Bunga Matahari

Tidak dinafikan, kehadiran mesin wang tersebut adalah inisiatif yang baik daripada pihak pasaraya. Ia pastinya berguna untuk mereka yang terdesak dan hanya memiliki wang syiling untuk membeli barangan keperluan harian di pasaraya terbabit.

Walau bagaimanapun, pelanggan juga haruslah bertanggungjawab untuk membaca tatacara penggunaan dengan teliti sebelum mengajukan pertanyaan kepada pekerja. Dalam masa yang sama, pekerja juga perlulah peka dengan sebarang servis atau perkhidmatan yang ditawarkan bagi mengelakkan salah faham sehingga menyebabkan kerugian kepada pelanggan.

Tentunya kejadian ini adalah sebuah pengajaran buat pasaraya terbabit dan juga pelanggan yang lain.

Lagi kejadian yang pernah berlaku di pasaraya di Kuching sebelum ini:

Pasaraya Di Kuching Dedah CCTV Sekumpulan Wanita Curi Susu
Tak Perlu Book Flight Dah, Roti Gardenia Kini Boleh Didapati Di Pasaraya Farley Kota Samarahan
SUMBER :FB Cik Kirana Bunga Matahari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil ‘Daddy’, Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching
Next Article Dua Laluan Di Bintulu Bakal Ditutup Untuk Sambutan Hari Malaysia Dua Laluan Di Bintulu Bakal Ditutup Untuk Sambutan Hari Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?