• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil ‘Daddy’, Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
13 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh merupakan cikgu sekolah rendah.

Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil ‘Daddy’, Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching. Sekolah sepatutnya menjadi safe zone buat anak-anak muda untuk menimba ilmu serta membuat kenangan manis mereka. Namun tindakan sebilangan individu yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan sekolah menjadi tempat yang tidak selamat dan boleh mendatangkan trauma buat anak-anak muda ini.

Dilaporkan seorang guru lelaki mengajar di sebuah sekolah rendah di Kuching telah diperintahkan Mahkamah Majistret untuk menjalani bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan RM1,000 (didepositkan) akibat berkelakuan tidak wajar menganggu murid perempuannya yang hanya berusia 12 tahun.

Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil 'Daddy', Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching
Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil ‘Daddy’, Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching

Tertuduh berusia 52 tahun mengajar mata pelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani

Tertuduh yang berusia 52 tahun, mengajar mata pelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut keterangan kes, tertuduh yang bertugas di sebuah sekolah rendah di BDC, Kuching telah mengarah mangsa untuk datang seorang diri ke pejabatnya di sekolah berkenaan pada 10 Ogos lalu sekitar jam 4.40 petang.

Tertuduh seterusnya mengarah mangsa menutup pintu agar guru dan murid lain tidak boleh melihatnya berdua-duaan dengan mangsa.

Kemudian tertuduh menyerahkan sebuah kotak hadiah berisi bunga plastik dan juga anak patung beruang kepada mangsa. Perbuatan tertuduh ini telah mengakibatkan mangsa berasa takut, risau dan tidak selesa serta mengalami gangguan emosi.

Cikgu Suruh Murid Berusia 12 Tahun Panggil 'Daddy', Dikenakan Bon 6 Bulan Di Kuching

Meminta mangsa agar tidak memanggilnya ‘daddy’

Tertuduh juga dilaporkan memandang badan mangsa dari atas ke bawah dengan pandangan yang menggoda serta meminta mangsa agar tidak memanggilnya sebagai ‘cikgu’ dan menukarkannya dengan ‘daddy’.

Mangsa menceritakan kejadian tersebut dengan ibunya dan laporan polis dibuat. Tertuduh ditangkap pada 24 Ogos lalu, sekitar jam 10 pagi di sekolah berkenaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Pastikan anda sentiasa memantau anak anda agar perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku:

Lakukan Serangan Seksual Terhadap Anak Tiri Berusia 9 Tahun, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan Dua Sebatan
Didakwa Rogol Anak Bawah Umur Di Petra Jaya, Mahkamah Arah Warga Asing Untuk Bela Diri
Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung Bawah Umur, Bapa Dipenjara 10 Tahun Di Kuching
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupanya Ada Beza, Lelaki Ini Tunjuk Bagaimana Warna Acuan Yang Berbeza Boleh Jejaskan Kek Anda Rupanya Ada Beza, Lelaki Ini Tunjuk Bagaimana Warna Acuan Yang Berbeza Boleh Jejaskan Kek Anda
Next Article Niat Nak Tukar Syiling Jadi Tunai, Pelanggan Ini Kesal Hanya Dapat Baucer Pasaraya Sah Sehari

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?