Ninso Umum Kenaikan Harga Bermula 14 April 2025
Naik 20 Sen, Ninso Umum Pelarasan Harga Baharu Mulai 14 April 2025. Syarikat peruncitan popular, Ninso, telah mengumumkan bahawa akan berlaku pelarasan harga di semua cawangannya bermula 14 April 2025. Pengumuman ini melibatkan perubahan harga bagi barangan di cawangan seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pelarasan ini dibuat susulan peningkatan kos operasi dan pengeluaran, termasuk faktor inflasi serta penawaran dan permintaan pasaran yang semakin mencabar. Harga baharu yang akan dikuatkuasakan adalah seperti berikut:
- Semenanjung Malaysia: Daripada RM2.40 kepada RM2.60
- Sabah & Sarawak: Daripada RM2.60 kepada RM2.80

Pihak Ninso menegaskan komitmen mereka dalam menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga yang masih berpatutan. Mereka turut menyatakan usaha berterusan untuk meluaskan operasi di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan, mampu milik dan berkualiti.
Walaupun berlaku kenaikan harga, Ninso tetap menghargai sokongan serta pemahaman pelanggan setia mereka. Langkah ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengekalkan tahap perkhidmatan dan kualiti produk selari dengan cabaran ekonomi semasa.

