• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Normal Baru Selepas PKP, Bersediakah Kita Menghadapinya?

Oleh
ILB - AI
30 April 2020
Kongsi
7 Min Bacaan
Normal Baru Selepas PKP, Bersediakah Kita Menghadapinya?

Sudahkah anda terfikir kehidupan normal baru?

Normal Baru Selepas PKP, Bersediakah Kita Menghadapinya? Pandemik yang melanda kita kali ini, bukanlah sesuatu yang biasa. Malah setakat ini 180 buah negara di seluruh dunia mempunyai kes positif dengan kes keseluruhan mencecah 2 juta orang. Dengan angka yang menaik setiap hari, kita sering diingatkan mengenai normal baru yang akan menjadi panduan kehidupan kita seharian selagi vaksin untuk pandemik ini tidak dijumpai.

Isi Isi Penting
  • Sudahkah anda terfikir kehidupan normal baru?
  • Apa Itu Normal Baru?
  • Bersediakah kita dari sudut ekonomi?
  • Memahami bagaimana ekonomi berfungsi
  • Apa harus kita lakukan?
Normal Baru Selepas PKP, Bersediakah Kita Menghadapinya?
Normal Baru Selepas PKP, Bersediakah Kita Menghadapinya? | Getty Image

Apa Itu Normal Baru?

Jika anda mengikuti sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia setiap hari, anda pasti akan mendengar bagaimana setiap kali kita akan diingatkan mengenai normal baru ini. Normal baru ini, akan menyebabkan perubahan besar gaya hidup kita.

Antara normal normal baru yang sering diingatkan kepada kita untuk kehidupan selepas perintah kawalan pergerakan :
1. Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter.
2. Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang ke rumah selepas waktu bekerja.
3. Tiada majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya.
4. Sentiasa mengamalkan personal hygiene , hand sanitizer , dan memakai mask jika perlu .

Normal normal baru ini sangat penting untuk dipraktikkan bagi mengelakkan penyebaran kes kes baharu pandemik ini. Persoalannya, bersediakah kita? Impak dari normal baharu ini akan dirasakan dari sudut ekonomi. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini sahaja, beberapa buah hotel di Malaysia telah menutup operasi mereka kerana impak jelas pandemik ini terhadap industri pelancongan. Antara rangkaian hotel yang terjejas adalah hotel hotel milik Plenitude Berhad yang menutup 3 hotel mereka.

Malah, sebelum pandemik ini melanda kita dengan ‘keras’, industri pelancongan di Sabah sudah terjejas teruk sehingga banyak hotel menawarkan harga promosi ‘kaw kaw’ bagi menarik pelancong tempatan.

Bukan itu sahaja, dengan tiada keraian ramai, bayangkan apa yang akan terjadi pada perniagaan event, katering dan banyak lagi yang juga terjejas secara langsung. Harus kita ingat bahawa setakat ini hanya vaksin yang boleh menjadi penawar total dan sehingga kini juga, vaksin masih tidak ditemui.

Bersediakah kita dari sudut ekonomi?

Ketika ini, mungkin ramai yang masih selesa terutamanya mereka yang bekerja di industri yang tidak terjejas. Maklumlah, Mak Cik Kiah pun dapat banyak bantuan. Namun begitu jika kita fikirkan kembali, terjejasnya beberapa industri utama seperti pelancongan dan jangkaan tempoh lama untuk industri tersebut pulih akan menyebabkan kesan domino terhadap industri industri lain. Dengan lockdown dan normal baru di serata dunia, syarikat penerbangan tidak mungkin dapat beroperasi sehebat dahulu kerana kekurangan permintaan, dan bayangkan berapa perniagaan lain yang akan turut terjejas.

Singapura pula, telah menyatakan bahawa mereka akan memasuki kegawatan pada tahun ini akibat impak daripada COVID-19. Walaupun dengan pelbagai langkah diambil, Singapura tetap menjangkakan lebih banyak kehilangan pekerjaan akan terjadi. Ekonomi mereka mengecut pada kadar -2.2% untuk tempoh kewangan pertama tahun 2020. Sebelum ini, Kerajaan Singapura telah membantu rakyat mereka yang bekerja sendiri :

Di Malaysia sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan langkah langkah syarikat penerbangan yang mengarahkan pekerja mereka untuk mengambil cuti tanpa gaji dan sebagainya bagi menjaga kewangan syarikat.

Jika anda fikir youtuber atau syarikat media kalis dari kesan ekonomi ini, anda mungkin silap. Kadar ad rates untuk industri ini juga telah berkurangan sehingga 40% pada awal April. Banyak syarikat besar telah memberhentikan perbelanjaan pemasaran digital mereka kerana pandemik ini.

Memahami bagaimana ekonomi berfungsi

Ekonomi berfungsi dengan asas permintaan dan penawaran. Kurangnya permintaan tetapi banyak penawaran pastinya akan menyebabkan harga turun dan juga sebaliknya. Selain itu, harus kita ingat bahawa setiap ringgit yang kita terima dan belanja kembali itu membentuk satu ekosistem yang dipanggil ekonomi. Sekiranya kurang perbelanjaan, maka kuranglah putaran wang dalam ekonomi dan akan ada pihak yang terjejas.

Oleh sebab itu, kerajaan serata dunia memperkenalkan langkah bantuan masing masing bagi mempertahankan kitaran perbelanjaan ini untuk terus berfungsi. Di UK sebagai contoh, kerajaan mereka memberi subsidi gaji sehingga 80% kepada industri yang terkesan secara langsung kerana COVID-19. Setakat ini juga, tiada negara yang kalis pandemik ini dari sudut ekonomi. Apatah lagi negara pengeluar minyak yang terjejas teruk dengan penurunan harga minyak kerana tiada permintaan dari serata dunia.

Apa harus kita lakukan?

Susah untuk dijelaskan lagi pada ketika ini apa langkah seterusnya yang perlu diambil. Bayangkan, kali terakhir hampir keseluruhan ekonomi dunia berhenti adalah pada perang dunia kedua. Jika kita lihat pada pandemik spanish flu yang berlaku pada tahun 1918 pula, pandemik itu berakhir selepas 2 tahun.

Pada ketika ini, kita hanya mampu berdoa dan berharap agar pandemik ini berakhir dan kerajaan menggubal polisi polisi baru yang dapat membantu kita dari sudut ekonomi dan keterlansungan kehidupan.

Sekiranya perniagaan atau industri anda terjejas, maka ini ada masa untuk anda mencari jalan penyelesaian. Istilah pivot, inovasi dan sebagainya bukanlah satu istilah yang rare dalam dunia perniagaan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap yang tidak terjejas kerana pandemik ini terutamanya pekerja sektor awam, teruskanlah berbelanja (namun secara berhemah) agar ekonomi kita masih berfungsi. Setiap ringgit yang kamu belanjakan membeli takoyaki secara COD itu semestinya amat membantu penjual takoyaki yang tidak dapat membuka gerai mereka secara 100%. Begitu juga setiap ringgit yang dibelanjakan di Kedai Hardware Ah Seng, ianya membantu Ah Seng untuk membayar gaji dan juga pekerja mereka.

Sekiranya anda ingin berbelanja di platform atas talian pula, mungkin tiba masa untuk anda utamakan produk yang dihantar terus dari Malaysia malah lebih baik lagi jika produk itu adalah buatan Malaysia. Kitaran sihat wang yang kita belanjakan di dalam ekonomi negara kita sendiri semestinya sesuatu yang sangat sangat membantu.

Jika anda berada dalam industri yang terjejas pula, mungkin tiba masa untuk anda merancang kembali kewangan anda. Andainya beban komitmen bulanan anda tinggi, anda boleh juga menstrukturkan kembali komitmen anda. Tidak salah juga jika anda mengambil kesempatan ketika perintah kawalan pergerakan ini untuk melakukan kerja kerja sampingan seperti menjadi rider makanan dan sebagainya sementara menunggu peluang lain untuk kunjung tiba.

Bersabarlah, masalah ini masalah semua dan kita akan berjaya jika kita mengharunginya bersama sama.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KKM Kesan 1 Daripada 30 Mutasi Lebih Ganas, Berisiko Jangkiti 120 Individu
Next Article 6 Ekor Monyet ‘Kebal’ Selepas Disuntik Vaksin Dari Oxford

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?