Notis gangguan bekalan air oleh KWB
Notis Gangguan Bekalan Air Dua Hari Berturut-Turut Di Kawasan Semariang Dan Sekitar. Penduduk di kawasan Semariang dan sekitar bakal mengalami gangguan bekalan air kerana kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh Lembaga Air Kuching (LAK).
Kerja-kerja pemasangan paip Butterfly Valve di Jalan Matang/Batu Kawa juga akan dijalankan. Gangguan bekalan air ini akan berlaku pada hari jumaat ini bermula pada jam 10 malam dan pada hari sabtu bermula jam 7 pagi.

Ini antara lokasi yang terlibat:
Para pengguna di sepanjang Jln Matang dari Kubah Ria ke Batu 9 Jln Matang, Jln Sultan Tengah ke Damai, Jln Bako, Jln Tun Abdul Rahman Yakub, Jln Tun Dtk Patinggi Yaakub, Jln Tun Dtk Patinggi Abg Hj Muhamad Salahudin, Jln Demak & sekitar Petra Jaya serta kawasan dibawah kendalian JBALB akan mengalami tekanan air rendah, gangguan bekalan air atau air kotor/keruh pada masa tersebut.
Walaubagaimanapun kerja pemasangan tersebut akan tertakluk kepada cuaca kerana lokasi berada di kawasan tanah rendah.
Dalam masa pemulihan dilanggarkan sehari daripada masa siap kerja, para pengguna akan mengalami tekanan air rendah, “air lock” dan air kotor/keruh.
Pihak LAK akan terus meningkatkan kapasiti penghantaran bekalan air dengan menggunakan lori tangki air sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa.
Pihak LAK memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan sangat menghargai kesabaran & kerjasama yang diberikan oleh pihak pengguna.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Talian LAK: 082-222333 atau SMS ke 019-8866650
