‘Tak perlu mandi, datang saja kelas,’ – lecturer
Pelajar ‘Complaint’ Asrama Tiada Air, Respon Lecturer Universiti Di Sabah Ini Buat Netizen Geram. Apabila berlaku gangguan air, ia sangat menyusahkan kerana anda tidak boleh mandi dan secara amnya tidak boleh membersihkan diri secara bersih.
Bagi sebuah kolej di sebuah universiti di Sabah, para pelajar terpaksa mengalami gangguan air dalam tempoh yang agak lama dan mengakibatkan mereka tidak dapat membersihkan diri. Walaupun merayu kepada pensyarah mereka bagi mempertimbangkan untuk melakukan online class kerana malu hadir ke kelas tanpa mandi, rayuan mereka tidak diterima oleh pensyarah mereka dan membuatkan netizen geram.
Merayu kepada pensyarah untuk melakukan online kelas kerana ada masalah air
Insiden itu dikongsikan di Twitter oleh pengguna @BalqisFazamy_ baru-baru ini, mengatakan kolej adiknya itu tidak ada bekalan air untuk beberapa lama dan cuba merayu kepada pensyarah mereka untuk mengadakan kelas online akibat tidak dapat mandi.
Walaupun pelajar lain turut merayu juga, pensyarah mereka hanya menyuruh mereka datang ke kelas seperti biasa dan “tidak perlu mandi”. Mereka juga diberitahu “untuk tidak memberitahu orang lain bahawa mereka telah mandi atau tidak” dan dikehendaki pergi ke kelas seperti kerana kampus mungkin mengalami gangguan air sehingga akhir semester.

Kata @BalqisFazamy_ tentang rayuan adik perempuannya yang tidak diendahkan oleh pensyarah terbabit, “weh kesiannya adik aku. Kolej dia lama gila takde air. Lepastu ni respon salah satu pensyarah. Air bukan saja guna nak mandi weh. Ambik wudhuk, cuci berak kencing. Pastu perempuan kalau period adoiyaii penderaan kemanusiaannya namanya ni!”
Malah, beliau turut berkongsi respon ibunya terhadap pensyarah tersebut dengan mengatakan pensyarah itu tidak sesuai untuk mengajar dan secara sinis mengatakan bahawa mereka perlu pergi ke rumah pensyarah berkenaan untuk mandi kerana ada air di sana.


‘Kami bayar yuran kolej mahal2 pun masalah air tak pernah diuruskan,’ – pelajar
Rata-rata netizen bersimpati dengan para pelajar yang terkesan dengan ketiadaan air di kolej mereka. Ya lah, siapa rasa selesa turun kelas setelah sekian lama tak mandi dan tak dapat bersihkan diri 100%. Mesti diri sendiri rasa sangat tak selesa kan?
Tinjauan pada ruangan komen mendapati ramai berpendapat pensyarah itu (dan juga pengurusan universiti) tidak mengambil berat tentang ketidakselesaan pelajar yang terjejas.
Sementara itu, bekas pelajar dan pelajar semasa universiti berkenaan tampil menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap masalah gangguan air di kolej universiti itu.
Nampaknya, walaupun membayar ratusan ringgit untuk kolej tersebut, gangguan air masih menjadi masalah di universiti berkenaan dan menyusahkan pelajar.
Kesian pula tengok student2 ni terpaksa bertahan takde air setelah sekian lama. Bukan sahaja air diperlukan untuk mandi, air memang diperlukan untuk membersihkan diri jika kencing, buang air besar dan bagi wanita, datang bulan.
Semoga pensyarah tersebut terbuka hati untuk mempertimbangkan ketidakselesaan para pelajarnya dan pihak pengurusan universiti berkenaan segera menyelesaikan masalah gangguan air kolej itu.
