• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nyaris Terlanggar Head-On, Wanita Di Kapit Ini Berang Kereta Cuba Memotong Dari Bukit

Oleh
ILB - AI
15 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Nyaris Terlanggar Head-On, Wanita Di Kapit Ini Berang Kereta Cuba Memotong Dari Bukit

Seorang wanita di Kapit hampir mengalami kemalangan akibat pemanduan berbahaya pemandu lain

Nyaris Terlanggar Head-On, Wanita Di Kapit Ini Berang Kereta Cuba Memotong Dari Bukit. Kita sering diberi amaran agar tidak memotong di kawasan tertentu ketika memandu kerana ia akan membahayakan bukan sahaja kita malah pemandu lain.

Namun, disebabkan pemanduan berbahaya pemandu lain, seorang wanita di Kapit nyaris terlanggar head-on apabila pemandu terbabit cuba memotong dari bukit! Memang betul-betul nyaris tau!

Nyaris Terlanggar Head-On, Wanita Di Kapit Ini Berang Kereta Cuba Memotong Dari Bukit

“Tak kira betapa berpengalaman, ‘otai’, ‘lihai’, jangan sesekali memotong di selekoh,” – netizen

Wanita berkenaan iaitu Rai Ahmad, berkongsi sebuah rakaman video daripada dashcam beliau menerusi Facebook peribadinya memaparkan kejadian tersebut. Menurut beliau, kejadian itu berlaku di salah satu bukit ketika beliau menuju ke Kapit.

Dalam video berkenaan, sebuah Proton Wira berwarna hijau dari laluan bertentangan dilihat memotong dua kereta di bukit – satu kejadian yang boleh berakhir dengan teruk bagi Rai Ahmad kerana beliau menghampiri dari arah bertentangan.

Tangkapan layar yang menunjukkan kereta berkenaan memotong kereta lain secara berbahaya. Kredit foto: Facebook

Akibat pemanduan berbahaya pemandu Proton Wira berwarna hijau itu, Rai Ahmad terpaksa menahan barang-barang peribadinya daripada jatuh kerana impak breknya menyebabkan barang-barangnya hampir jatuh dari tempat duduk.

Anda boleh lihat kejadian itu berlaku dalam video tersebut di bawah:

No matter how experienced, otai, lihao, jagoan you are, NEVER OVERTAKE VEHICLES at the corners ESPECIALLY IF YOU'RE…

Posted by Rai Ahmad on Sunday, March 13, 2022

Netizen lain berang dengan pemanduan berbahaya pemandu tersebut

Kejadian itu mengundang kecaman orang ramai kerana menganggap pemandu tersebut memandu secara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan head-on. Kemalangan head-on adalah kemalangan di mana dua kenderaan berlanggar antara satu sama lain semasa perjalanan dalam arah bertentangan.

Selain berpotensi menyebabkan kemalangan head-on, netizen berang kerana pemandu terbabit memotong pada kedudukan berbahaya.

Antara respon netizen terhadap kejadian itu adalah seperti berikut:

Kredit foto: Facebook

“Sudah lah dia potong lambat, kalau dapat potong dengan capat pun tak apa. Sudah lah sah-sah berada di double line dan dia nampak ada kereta di depan.”

“Ya, sudah lah atas bukit, di selekoh lagi tu. Tak nampak bah kereta di depan.”

Kredit foto: Facebook

“Selalu (saya) jumpa pemandu macam itu. Di selekoh berbukit pun sibuk nak memotong. Kan sudah kena marah ‘bodoh.'”

“Ya, sudah lah banyak kereta di depannya. Masih juga nak potong. Nasib bukan perkataan lain yang keluar!”

Kredit foto: Facebook

“Ambil nombor plat pemandu itu. Buat aduan kerana dia memandu secara berbahaya. Suka hati sahaja memotong di double line!”

Kredit foto: Facebook

“Pentingnya penggunaan dashcam di daerah Kapit. Saya banyak kali pernah kena macam ini. Banyak pemandu lebih pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan. Nak tunjuk hebat potong di kawasan bukit dan berselekoh.”

Seperti yang dinyatakan oleh Rai Ahmad, tak kisah betapa berpengalaman, otai, lihai, jagoan anda, JANGAN SESEKALI MEMOTONG DI SELEKOH TERUTAMANYA KALAU NAIK/TURUN BUKIT.

Bukan sahaja tindakan ini membahayakan keselamatan anda, ia akan mendatangkan bahaya kepada pemandu lain juga. Jangan bersikap penting diri, ingatlah keselamatan anda dan juga keselamatan pemandu lain. Nyawa hanya satu sahaja.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beberapa Tempat Di Sarawak Hadapi Banjir, Orang Ramai Dinasihati Siap Siaga Hadapi Fasa Peralihan Monsun Beberapa Tempat Di Sarawak Hadapi Banjir, Orang Ramai Dinasihati Siap Siaga Hadapi Fasa Peralihan Monsun
Next Article Sabah Mansuh Deklarasi e-Health, Hanya Perlu Tunjuk Status Vaksinasi Lengkap Di MySejahtera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?