• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Mansuh Deklarasi e-Health, Hanya Perlu Tunjuk Status Vaksinasi Lengkap Di MySejahtera

Oleh
Ismail NA
15 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah semalam.

Sabah Mansuh Deklarasi e-Health, Hanya Perlu Tunjuk Status Vaksinasi Lengkap Di MySejahtera. Rakyat Sabah dan pelawat yang telah lama merindui negeri di bawah bayu kini boleh menarik nafas lega apabila kelonggaran terbaharu diberi oleh kerajaan Sabah semalam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Masidi Manjun semalam mengumumkan bahawa pelawat yang ingin memasuki Sabah kini tidak lagi perlu mengisi borang pengisytiharan e-health atau e-HDF.

Sebaliknya, pelawat hanya dikehendaki untuk menunjukkan status vaksinasi lengkap serta status risiko menerusi aplikasi MySejahtera apabila tiba di pintu masuk negeri Sabah. Perkara ini telah dipersetujui dengan saranan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Sabah Mansuh Deklarasi e-Health, Hanya Perlu Tunjuk Status Vaksinasi Lengkap Di MySejahtera
Sabah Mansuh Deklarasi e-Health, Hanya Perlu Tunjuk Status Vaksinasi Lengkap Di MySejahtera. Kredit foto: Malaysiakini.com

Terdahulu, berkuatkuasa 1 Disember tahun lalu, Sabah juga telah membenarkan kemasukan pelawat yang telah lengkap menerima dos vaksinasi untuk masuk ke negeri tersebut untuk pelbagai urusan tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19.

Majoriti kes baharu adalah sporadik

Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 di negeri tersebut turut memaklumkan perkembangan semasa kes jangkitan setakat semalam. Menurutnya, jumlah kes baharu di Sabah menunjukkan peningkatan daripada 223 kepada 622 kes. Lima kematian dicatatkan semalam, masing-masing di Tawau, Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan. Peratusan kes sporadik mendominasi jumlah kes baharu iaitu sekitar 64%.

Setakat ini, sebanyak 25 kluster masih aktif di seluruh Sabah.

Maknanya, tak perlu dah nak risau isi banyak benda kan? Asalkan anda ada MySejahtera, lengkap vaksin dan bebas status risiko tinggi COVID-19, boleh lajak wuss!

Ini tempat menarik yang boleh anda masukkan dalam bucketlist Sabah anda:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nyaris Terlanggar Head-On, Wanita Di Kapit Ini Berang Kereta Cuba Memotong Dari Bukit Nyaris Terlanggar Head-On, Wanita Di Kapit Ini Berang Kereta Cuba Memotong Dari Bukit
Next Article Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara Bagi Merasmi Pembangunan Ibu Kota Baru Indonesia, Jokowi Ketuai Ritual Kendi Nusantara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?