• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit

Oleh
Ismail NA
6 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Baru nak merasa naik e-skuter macam dekat KL

Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit. Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Adalah Haram, Perlu Permit. Operasi skuter elektrik Beam (e-skuter) di kawasan yang dikawal oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) adalah haram, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.

Menurutnya, operator perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada majlis perbandaran untuk mengoperasikan atau mengendalikan skuter elektrik tersebut.

Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit
Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit. Kredit: Mohd Adam Hj Arinin via Daily Express Online

Kesalahan besar guna e-skuter dalam taman MBKS – Dato Wee Hong Seng

Tegasnya lagi, operasi skuter elektrik tersebut adalah dilarang sama sekali digunakan di taman MBKS. Hal tersebut kerana laluan di taman adalah laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki dan individu yang berjoging.

Selain itu, jalur jalan yang sempit juga menjadi salah satu sebab skuter elektrik terbabit dilarang penggunaannya di dalam taman kerana dikhuatiri akan menggangu pengguna taman.

Untuk mengendalikan e-skuter ini, anda perlu mendapatkan kebenaran (permit). Dan sebelum anda mendapat kebenaran daripada kami, jangan lakukannya,”

Dato Wee Hong Seng, Datuk Bandar MBKS

Wee berkata dia telah berhubung dengan pihak polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah mengesahkan bahawa e-skuter tidak dibenarkan di jalan raya awam.

Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit
Kredit: Wikimapia

E-skuter tidak menawarkan perlindungan untuk pengguna

Isu keselamatan pengguna adalah kerisauan utama pihak MBKS kerana tiada garis panduan yang jelas tentang siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya pengguna mengalami kecederaan semasa menunggangnya. Bukan itu sahaja, e-skuter ini tidak menawarkan sebarang perlindungan apabila tiada kewajiban pengguna menggunakan topi keledar seperti mana penunggang yang menunggang motorsikal.

Sementara itu, Kota Kuching Utara (DBKU) juga turut mengesahkan bahawa operator e-skuter Beam juga perlu mendapatkan kebenaran daripada mereka untuk dikendalikan di kawasan DBKU.

Operator kenderaan telah diarah untuk mengalihkannya dari Waterfront Kuching minggu lalu apabila beberapa e-skuter “diparkir” di sana. Tinjauan turut mendapati bahawa minggu lalu, e-skuter Beam ditemui “diparkir” di beberapa tempat di kawasan MBKS dan DBKU.

Untuk pengetahuan, e-skuter Beam ini adalah e-skuter yang sudah lazim digunakan di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Kuantan, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

Beberapa hari yang lalu, belum apa-apa lagi e-skuter Beam ini sudah menjadi mangsa vandalisme di Kuching:

Netizen Luah Rasa Kecewa ‘Beam’ Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching

E-skuter di Kota Kinabalu juga ‘diangkut’ kerana beroperasi tanpa permit:

Netizen Berpendapat Beam Tidak Ada Permit, E-Skuter Di Kota Kinabalu Kena ‘Angkut’
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Ditemui Di Borneo, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Harimau Dahan Borneo Hanya Ditemui Di Borneo, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Harimau Dahan Borneo
Next Article Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?