I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM

Oleh Nur Afifah 6 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Inisiatif terbaharu PDRM untuk cegah jenayah penipuan dalam talian

Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM. Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM. Aktiviti jenayah scammer kini semakin sukar untuk dibendung sekiranya kurang kesedaran kendiri daripada pengguna. Seiring dengan perkembangan semasa, modus operandi mereka juga semakin licik dan berhasil memperdayakan orang ramai terutamanya golongan warga emas yang memiliki simpanan wang yang banyak.

Justeru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi, Whoscall. Aplikasi ini berupaya mengesahkan maklumat pemanggil secara langsung. Dengan penggunaan aplikasi terbabit, ia dijangka akan mampu membantu melindungi pengguna daripada penipuan dalam talian.

Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan 'Scammer' Dengan Kerjasama PDRM
Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM. Sumber: JSJK PDRM via Facebook

Aplikasi ini dijangka boleh membantu anda mengelak daripada ditipu apabila anda menjawab panggilan yang tidak dikenali. Selepas memuat turun dan mengaktifkan aplikasi tersebut, nombor scammer akan dipaparkan sebagai ‘verified scammer’ sekiranya panggilan yang tidak dikenali menghubungi anda. Ia juga akan memaparkan identiti siapa yang memanggil pada skrin telefon mudah alih anda.

Malah, kolaborasi pihak PDRM juga bakal menyaksikan badan berkuasa tersebut bersedia untuk menyediakan data nombor-nombor scammer dalam Sistem Semakmule milik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kepada pihak Whoscall untuk ditandakan sebagai ‘verified scammer’. Ia seterusnya akan dipaparkan sebagai amaran scammer pada paparan skrin pengguna sekiranya mereka dihubungi nombor-nombor ini.

Langkah ini bagi membolehkan pangkalan data nombor-nombor scammer sentiasa dikemas kini, sekaligus menjadikan pengguna lebih berwaspada dengan panggilan telefon yang tidak dikenali. Menariknya, pengguna juga boleh menyumbang kepada sistem pangkalan data PDRM menerusi aplikasi Whoscall sekiranya terdapat nombor scammer yang menghubungi mereka yang belum ditandakan sebagai ‘verified scammer‘.

Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan 'Scammer' Dengan Kerjasama PDRM
Kredit: Whoscall

Dalam pada masa yang sama, pihak PDRM juga menggesa agar pengguna mematikan segera sekiranya dihubungi oleh pihak scammer dan jangan cuba untuk berinteraksi dengan mereka. Hal ini kerana golongan ini begitu licik dan pintar memanipulasikan mangsanya untuk menyerahkan butiran peribadi untuk tujuan penipuan wang.

Dengan kerjasama ini serta kesedaran daripada orang awam, langkah pencegahan jenayah penipuan dalam talian ini pastinya dapat dijayakan dengan berkesan serta mengurangkan jumlah orang awam yang mengalami kerugian.

Pada tahun 2022, kes penipuan dalam talian mencatatkan penurunan kepada 20,041 kes berbanding 20,701 kes pada tahun 2021.

Semoga dengan penggunaan aplikasi ini, anda boleh melindungi diri anda daripada diperdaya oleh scammer yang maha licik. Anda boleh muat turun aplikasi Whoscall secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Buktinya, masih ramai yang terpedaya dengan penjenayah scammer dalam talian seperti ini:

Lelaki Di Padawan Hilang RM179,400 Akibat Dituduh ‘Cuci Wang’ Oleh Macau Scam
Hanya Respon Iklan Bersih Rumah Di Kuching, RM44 Ribu Lenyap Dalam Akaun Wanita Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Operasi Skuter Elektrik Beam di Kuching Rupanya Haram, Perlu Permit
Next Article Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?