• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Oleh
ILB - AI
6 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos (bising) di seluruh negara bermula 1 Mac lalu hingga semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 26,239 kenderaan membabitkan 12,709 motosikal, 8,678 kereta dan 4,852 lain-lain kenderaan diperiksa dalam operasi itu sepanjang tempoh berkenaan di seluruh negara.

“Daripada 10,166 saman dikeluarkan, 1,423 saman adalah bagi kesalahan ubahsuai ekzos membabitkan 1,060 motosikal, 294 kereta dan 69 lain-lain kenderaan.

“Selain itu, sebanyak 474 motosikal, tujuh kereta dan dua lain-lain kenderaan disita atas kesalahan sama dalam 540 lokasi operasi berkenaan dijalankan di seluruh negara sepanjang tempoh itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, operasi bertujuan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pengguna kenderaan terutama pemilik dan penunggang motosikal yang melakukan ubahsuai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising.

“Tindakan saman bagi ubahsuai ekzos boleh dilakukan mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

“Setiap ekzos yang dipasang pada kenderaan bermotor perlu pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan baik dan tidak boleh diubahsuai sehingga menyebabkan bunyi bising.

“Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian ekzos menjadi satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Katanya, di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

“Malah, polis boleh menahan motosikal itu sehingga pemiliknya mengambil langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku semula.

“Secara amnya, JSPT mempunyai perancangan dan strategi dalam melaksanakan operasi sebegini dengan memilih lokasi yang sering menjadi tumpuan kumpulan motosikal melakukan kesalahan lalu-lintas.

“Lokasi operasi kali ini menyasarkan kawasan tumpuan orang ramai, jalan bandaran, kawasan perumahan dan kawasan kerap berlaku kemalangan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan JSPT juga sedia maklum mengenai maklumat dan aduan orang ramai berkaitan isu ekzos bising dan akan menjalankan operasi serta pemantauan di kawasan dilaporkan berkenaan.

“Setakat ini, operasi terbabit akan berakhir pada 14 Mac ini yang akan berlangsung selama dua minggu dan ia mendapat maklum balas positif daripada masyarakat yang berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan dilakukan pihak polis.

“Disebabkan faktor itu, operasi ini mungkin akan diteruskan selepas 14 Mac nanti,” katanya.

JSPT menasihatkan semua pemilik kenderaan bukan saja pemilik motosikal tetapi pemilik kenderaan bermotor lain supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya berkaitan pengubahsuaian kenderaan.

“Sebarang pengubahsuaian yang mahu dilakukan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya

Baca Juga Artikel Isu Semasa Yang Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021
Next Article Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?