• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Oleh
Husna Hazmi
5 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Perkara ini adalah hasil perbincangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021. Sesi Persekolahan bagi Sekolah Rendah (Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan) Negeri Sarawak akan mula beroperasi pada 08 Mac 2021.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini adalah hasil perbincangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).
  • Norma Baharu 2.0
  • Ini adalah senarai sekolah yang belum lagi dibenarkan untuk beroperasi:
  • Hari ini terdapat 250 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak

Hasil perbincangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan sebanyak 1,045 buah sekolah rendah kerajaan/sekolah bantuan kerajaan seluruh negeri Sarawak dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 08 Mac 2021 yang melibatkan penambahan 231 buah sekolah rendah di negeri Sarawak yang dibenarkan untuk beroperasi secara bersemuka berbanding 814 buah sekolah pada 1 Mac 2021.

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021
TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Norma Baharu 2.0

Keputusan ini diambil setelah penilaian risiko dibuat dan memenuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 yang dikeluarkan oleh KPM.

Sementara itu, terdapat 220 buah sekolah rendah di kawasan berisiko tinggi penularan COVID-19 masih lagi belum dibenarkan lagi untuk beroperasi sehingga 14 Mac 2021.

Ini adalah senarai sekolah yang belum lagi dibenarkan untuk beroperasi:

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Hari ini terdapat 250 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak

Selain itu, hari ini terdapat 250 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (123), Meradong (36), Bintulu (21), Kuching (17), Kapit (17), Miri (14), Julau (7), Serian (4), Daro (3), Asajaya (2), Samarahan (2), Selangau (2), Dalat (1) dan Sri Aman (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 10,674 kes.

Daerah Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,770 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kanowit, Serian, Sarikei, Julau, Subis, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman juga kekal berstatus Jingga dengan jumlah keseluruhan 227 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Marudi, Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 62 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 14 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19
Next Article Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?