• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Oppa’ Korea, Yoo Seung Ho Bakal Pamer Keindahan Kuching Menerusi Tayangan 29 Disember Ini

Oleh
Ismail NA
14 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ohh, ini rupanya kerja ‘oppa’ Seung Ho pergi Kuching haritu.

‘Oppa’ Korea, Yoo Seung Ho Bakal Pamer Keindahan Kuching Menerusi Tayangan 29 Disember Ini. Kedatangan pelakon terkenal Korea Selatan, Yoo Seung Ho ke Sarawak tempoh hari akhirnya terjawab apabila media tempatan di Korea Selatan melaporkan bahawa rancangan realiti yang dibintangi oleh ‘oppa’ berkenaan akan ditayangkan pada hujung Disember dan awal Januari ini!

Menurut laporan portal entertain.naver.com, rancangan realiti yang diberi nama Off The Grid itu bakal memperkenalkan Kuching sebagai lokasi antarabangsa pertamanya sejak rancangan tersebut disiarkan ke udara.

'Oppa' Korea, Yoo Seung Ho Bakal Pamer Keindahan Kuching Menerusi Tayangan 29 Disember Ini
‘Oppa’ Korea, Yoo Seung Ho Bakal Pamer Keindahan Kuching Menerusi Tayangan 29 Disember Ini. Sumber: Discovery Channel Asia

Off The Grid pamer sisi peribadi Yoo Seung Ho sambil menjelajah Kuching

Off The Grid bakal memaparkan sisi peribadi pelakon drama Korea “I’m Not a Robot” ini. Yoo Seung Ho dikhabarkan hanya diberi kamera dan bebas bergerak sendirian, meneroka dan menelusuri seluruh pelosok Kuching tanpa apa-apa skrip. Ini bermakna semua rakaman serta percakapan yang dirakam di dalam rancangan berkenaan adalah pandangan ikhlas daripada Seung Ho sendiri.

Keindahan hutan hujan dan suasana bandaraya Kuching bakal ditayangkan di saluran Discovery Channel Korea pada 29 Disember 2022 dan 5 Januari 2023. Saluran ini boleh anda dapati menerusi langganan HBO Go.

Di laman Twitter, anda boleh menyaksikan klip ‘teaser’ rancangan realiti berkenaan menerusi perkongsian pengguna @ohgoo95_.

Dalam ‘teaser’ tersebut, Yoo Seung Ho berpakaian serba kasual dilihat menikmati pemandangan Sungai Sarawak sambil duduk di dalam perahu tambang yang dilengkapi dengan tenaga solar. Suasana matahari terbenam di Kuching juga dapat dilihat dengan jelas dan kelihatan begitu cantik!

Salah satu babak dalam klip tersebut turut memaparkan perasaan pelakon berkenaan semasa menjelajah Kuching yang diterjemahkan secara harafiah dalam Bahasa Melayu menjadi “Keberangkatan yang tidak diumumkan adalah tenang”.

Darling Yoo Seung Ho 🥹 잠적 12/29 at 10:30 pm#YooSeungHo #유숭호 pic.twitter.com/1O3azNQwFP

— ⚠️⚗️🗡🪄 (@ohgoo95_) December 12, 2022

Selain Yoo Seung Ho, rancangan realiti ini turut dibintangi pelakon terkenal Korea yang lain seperti Kim Hee-ae, Han Ji-min, Cho Jin-woong dan ramai lagi.

Rancangan ini secara tidak langsung turut memperkenalkan Bandaraya Kuching dengan lebih mendalam kepada penonton Korea dan juga antarabangsa. Uish, tak sabarnya nak tengok ‘oppa’ kita naik perahu tambang. Mestilah ada makan Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak juga kan? Hihi.

'Oppa' Korea, Yoo Seung Ho Bakal Pamer Keindahan Kuching Menerusi Tayangan 29 Disember Ini
Sumber: Discovery Channel Korea

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan sebuah artikel tentang kelibat Yoo Seung Ho di Bandaraya Kuching: K-Drama Oppa, Yoo Seung Ho Kini Melakukan Penggambaran Di Sarawak

SUMBER :entertain.naver.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ditemui Sudah Membusuk Dan Berulat, Mayat Wanita Warganegara Kanada Ditemui Di Matang Ditemui Sudah Membusuk Dan Berulat, Mayat Wanita Warganegara Kanada Ditemui Di Matang
Next Article Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM)

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?