I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM)
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM)

Oleh Nur Afifah 14 Disember 2022
Kongsi
8 Min Bacaan

Gerakan mubaligh Kristian dari Australia yang akhirnya membentuk mazhab Sidang Injil Borneo (SIB).

Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM). Mazhab Kristian Sidang Injil Borneo adalah antara mazhab Kristian Protestan yang besar di Kepulauan Borneo. Mazhab ini dianuti oleh masyarakat pelbagai etnik di Sabah, Sarawak, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah di Indonesia, serta Brunei Darussalam.

Asal usul mazhab ini dapat kita jejaki bermula dari tahun 1927 apabila pelajar di Melbourne Bible Institute (MBI) di Australia mula sembahyang bersama dan mencari jalan untuk berdakwah di Pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Setelah berasa yakin akan aktiviti dakwah yang bakal mereka jalankan, mereka menubuhkan kumpulan dakwah yang diberi nama Borneo Evangelical Mission (BEM), pada 31 Ogos 1928 dan menghantar tiga mubaligh Kristian, Hudson Southwell, Frank Davidson, dan Carey Tolley. Mereka adalah mubaligh yang merupakan alumni institut Australia tersebut.

Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM)
Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM).

Mereka datang ke Sarawak menggunakan kapal kargo stim yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Singapura pada awal Oktober 1928. Mereka datang bersama perintis perdagangan balak Asia Tenggara, Alexander Henderson yang pada ketika itu menawarkan tapak asas untuk mereka di Borneo.

Setibanya mereka di Kuching pada 12 November 1928, kumpulan Hudson Southwell dan Alexander Henderson dirujuk kepada setiausaha peribadi kepada Rajah Sarawak, Gerard MacBryan serta sepupu dan penasihat perundangan Rajah, Charles Willes Johnson.

Rajah beri ‘lampu hijau’, mulakan dakwah di Limbang

Hasrat mereka untuk berdakwah di bumi Borneo direstui oleh Rajah Charles Vyner Brooke, dengan syarat mereka menyebarkannya di kawasan utara timur Sarawak iaitu sekitar Limbang dan Lawas. Dalam hal penyebaran agama Kristian, Rajah begitu terbuka dan mengalu-alukan penyebaran agama Kristian tanpa mengira aliran dan mazhab di Sarawak meskipun keluarganya menganuti mazhab Anglican.

Oleh yang demikian, Hudson dan rakannya pun mengembara ke utara Sarawak untuk berdakwah kepada masyarakat Iban dan Bisaya. Dalam masa sedekad kemudian, lebih ramai mubaligh menyertai misi Hudson menyebabkan penyebaran fahaman mereka lebih meluas sehingga ke kawasan pedalaman yang kebanyakannya didiami oleh masyarakat Lun Bawang dan Kelabit, serta Brunei. Pada masa itu, masyarakat peribumi Sarawak ini masih berpegang kepada ajaran animisme dan belum menerima mana-mana pengaruh agama dari luar.

R.A Bewsher menerusi catatannya dalam Jesselton, North Borneo: Borneo Evangelical Mission, 1939 memberitahu bahawa usaha penyebaran ajaran Kristian oleh Hudson amat sukar dilakukan dalam kalangan masyarakat Iban Limbang kerana kepercayaan mereka yang masih kuat terhadap semangat atau ‘petara’. Kegagalan Hudson ini membawa beliau untuk menumpukan perhatian kepada masyarakat Lun Bawang yang sedang ‘tenat’ pada ketika itu.

Bagaimana Hudson dan rakan mubaligh menyelamatkan kaum Lun Bawang?

Sebelum masyarakat Lun Bawang memeluk Kristian, mereka disifatkan sebagai bangsa yang nazak kerana pemudanya dirundung masalah mabuk yang kronik. Daripada 365 hari dalam setahun, 100 hari daripadanya adalah hari mereka mabuk. Hal ini menyebabkan kesihatan, kehidupan sosial dan aktiviti pertanian mereka terjejas.

Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM)
Berdiri dari kiri: Frank Davidson, Carey Tolley dan Hudson Southwell. Duduk: George Aitken, ahli BEM. Gambar ketika misi dakwah mereka sekitar tahun 1931. Sumber: bemgrace.org

Misi Hudson ini pada asalnya mendapat pandangan yang skeptikal daripada Rajah kerana pemerintah British itu menganggap bangsa tersebut berada pada tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi. Namun, mubaligh Kristian telah memerhati trend penyebaran yang menggalakkan di sekitar sempadan timur Borneo yang diperintah oleh Belanda. Penyebaran yang dilakukan oleh Christian and Missionary Alliance (CMA) telah bermula sejak tahun 1929 dan mendapati bahawa ramai masyarakat Lun Bawang yang berada di sempadan tersebut menerima ajaran Kristian. Malah, ada di antara mereka yang menyebarkannya sesama kaum mereka sehingga akhirnya terdapat komuniti yang memeluk ajaran Kristian secara besar-besaran.

Kedatangan mereka di kawasan Trusan sekitar tahun 1938 telah mengubah sikap penduduk daripada bangsa pemabuk menjadi bangsa yang rajin bersembahyang dan mengamalkan nilai-nilai harmoni dalam kehidupan. Malah, kebanyakan mereka memiliki rasa ingin tahu yang tinggi tentang ajaran Kristian. BEM mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan ajaran Kristian dalam kalangan masyarakat Lun Bawang dan Kelabit.

Mubaligh BEM ditahan di Kuching semasa zaman pendudukan Jepun

Semasa zaman pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, kebanyakan mubaligh ini dibawa ke Kuching untuk ditahan. Hudson dan isterinya telah dipenjarakan sebagai tahanan sivil di kem tahanan Batu Lintang, Kuching. Namun, ada di antara mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada dibawa ke Kuching. Di kawasan yang begitu terpencil dan tidak terjangkau oleh askar Jepun, mubaligh yang selamat ini mencuba sedaya upaya untuk mengajar, membaptis, menterjemahkan ayat-ayat Injil serta melantik ‘elders’ dan ‘deacon’.

Hudson, isteri serta beberapa mubaligh dikurniakan umur yang panjang. Namun, Davidson meninggal semasa dalam tahanan. Sekembalinya mereka dari Kuching, mereka mendapati bahawa gereja Lun Bawang sudah pun kukuh. Hudson kemudiannya membaptiskan kumpulan Kristian Kelabit pertama pada tahun 1941 dan seterusnya, lebih ramai dalam kalangan masyarakat Dusun di Sabah. Mendengar perkhabaran perubahan hidup yang lebih baik dalam kalangan masyarakat Lun Bawang, pemimpin Kayan dan Kenyah turut mengundang mubaligh Kristian BEM ini untuk berdakwah di tempat mereka.

Ajaran Kristian terus berkembang di pedalaman Sarawak

Antara sumbangan Hudson dalam menyebarkan ajaran Kristian di Sarawak selepas itu adalah dengan menubuhkan pra-sekolah di Long Atip, Sungai Apoh, Miri pada tahun 1951. Kemudian, beliau turut membina sebuah fasiliti latihan vokasional di bawah inisiatif Projek Pembangunan Komuniti Long Lama yang dibiayai oleh kerajaan Australia dan mengajar di sana. Beliau turut dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) oleh Ratu Elizabeth pada tahun 1963.

Selain menyebarkan ajaran Kristian, Hudson turut melengkapkan kamus Inggeris-Kayan pada tahun 1991 sebelum meninggal dunia pada tahun 1996 di Australia.

Penyelamat Kaum Lun Bawang, Kenali Gerakan Borneo Evangelical Mission (BEM)
Masyarakat Kelabit di Pa’ Dalih. Sumber: http://www.eternalwordchangingworlds.com/

Pada sekitar hujung tahun 1950-an, gereja peribumi Kristian ini akhirnya mengasaskan sebuah perkumpulan yang diberi nama Sidang Injil Borneo (Evangelical Church of Borneo).

Penyebaran Kristian SIB di Kuching

Mazhab ini turut berkembang di Kuching dan selatan Sarawak sekitar akhir 1960-an kerana ramai anak muda dari kampung dan pedalaman berhijrah ke kawasan bandar untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan. Operasi SIB bermula di Kuching bermula di 26, Iris Garden. Mubaligh Kristian SIB pertama yang aktif menyebarkan mazhab ini di Kuching adalah Dorothy Ewan. Pada tahun 1969, Dorothy bekerjasama dengan kumpulan kecil pelatih guru di Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching yang merupakan penganut SIB.

Seiring dengan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan penduduk di Borneo, pelayanan gereja dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban mula digunakan sekitar tahun 1988. Hasil dedikasi dan peninggalan ajaran Hudson kini masih teguh diamalkan di Borneo menerusi perkumpulan gereja SIB sehingga ke hari ini.

Baca juga: Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu

SUMBER : BEM Grace, eternalwordchangingworlds.com, DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Oppa’ Korea, Yoo Seung Ho Bakal Pamer Keindahan Kuching Menerusi Tayangan 29 Disember Ini
Next Article Siap Ada Aircon, Berkhemah Dengan Selesa Di Big Bear Family Camp Sematan Siap Ada Aircon, Berkhemah Dengan Selesa Di Big Bear Family Camp Sematan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?