• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Orang Asli Percaya Kejadian Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam Akan Berlaku

Oleh
ILB - AI
6 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Gajah atas bukit seakan mengamuk dan menangis

Orang Asli Percaya Kejadian Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam Akan Berlaku. Bila kita imbau kembali tragedi tsunami di Aceh dahulu kala ada yang menyampaikan suatu cerita di mana sekumpulan burung dan binatang mula menuju ke daratan tatkala ombak besar membadai manusia lewat tahun 2004 lalu.

Namun, adakah benar sifat binatang adalah sebegini di mana mereka dapat mengesan bencana alam yang akan berlaku sehingga membuatkan mereka takut lari ke tempat tinggi dan memberi amaran kepada manusia.

Berlaku di Gua Musang, masyarakat Orang Asli mempercayai kejadian gajah mendaki bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing adalah petanda bahawa bencana alam akan berlaku.

Orang Asli Percaya Kejadian Gajah Naik Bukit Adalah Petanda Bencana Alam Akan Berlaku
Orang Asli Percaya Kejadian Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam Akan Berlaku. (Gambar Hiasan)

Persiapan berdepan dengan musim tengkujuh

Lapor media ketika menemui seorang penduduk orang asli, dalam kepercayaan masyarakat Orang Asli zaman dahulu, haiwan dijadikan sebagai rujukan untuk menjalani kehidupan seharian.

Katanya, selain habitat gajah diganggu atau mereka keluar mencari makanan, masyarakat Orang Asli tidak menyangkal kemungkinan kumpulan gajah itu mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam kelak.

Oleh itu, dengan kejadian yang berlaku ini adalah petanda untuk kita membuat persiapan berdepan dengan musim tengkujuh tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=SW-MRJvDGyI
Rakaman gajah naik bukit di Simpang Kuala betis ke Lojing, Gua Musang. Kredit: Youtube Fasih Fawwaz Channel

Rakaman video berdurasi 18 saat ini telah tular di laman media sosial memaparkan sekumpulan gajah mendaki bukit kedengaran seperti mengamuk di Simpang Kuala betis ke Lojing, Gua Musang.

Rata-rata pengguna yang melalui jalan raya di kawasan itu berhenti untuk merakam detik yang jarang sekali dilihat jelas berlaku di hadapan mereka.

Lagi cerita menarik di sini:

GEMPAR: Insiden Tembakan Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak, 31 Kematian Dicatat Setakat Ini
Selamba Keluar Bawa Bakul, Tular Lelaki Di Bintulu Ini Curi Barang Pasaraya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article GEMPAR: Insiden Tembakan Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak, 31 Kematian Dicatat Setakat Ini
Next Article Masuk Adalah Percuma, Siniawan Country Music Festival 2022 Kini Sedang Berlangsung Masuk Adalah Percuma, Siniawan Country Music Festival 2022 Kini Sedang Berlangsung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?