Lelaki di Bintulu ini selamba keluar pasaraya bawa bakul yang diisi dengan barang
Selamba Keluar Bawa Bakul, Tular Lelaki Di Bintulu Ini Curi Barang Pasaraya. Seorang lelaki melarikan pelbagai barangan dari pasaraya di Bintulu ini sempat dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Mrfrancisngu Hownhua, beliau kongsi satu rakaman CCTV yang sempat merakam pencuri di salah sebuah pasaraya di Bintulu, baru-baru ini.
Rakaman pencuri ini tular di laman Facebook
Menerusi perkongsian tersebut, dilihat seorang lelaki memakai pelitup muka, dengan berpakaian sleeveless berwarna kelabu dan berseluar pendek ini membawa sebuah bakul berisi barang-barang seperti makanan dari pasaraya melarikan diri ke belakang pasar.
Difahamkan bahawa lelaki ini membawa keluar sebakul barang tanpa membuat pembayaran lalu melarikan diri ke perkarangan parkir belakang pasar menuju ke kenderaan Kancil yang digunanya dengan nombor plat QTC 3289.
Pencuri tersebut sempat dikejar namun berjaya larikan diri di pasar tersebut.
Video tersebut dikongsi dan telah menarik perhatian netizen sehingga 34K kali tontonan dan 108 kongsi setakat artikel ini ditulis. Jelas pemilik akaun menerusi kapsyen bahawa pencuri ini membawa bakul dan terus keluar. Pencuri tersebut sempat dikejar namun berjaya larikan diri di pasar tersebut.
Pemilik akaun tersebut turut menasihati agar orang ramai berhati-hati apabila melihat pencuri tersebut.
Kenyataan dari pihak polis bakal menyusul.
