I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia

Oleh Farisha
2 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

“Sungguh Enak Dimakan Begitu Sahaja”

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama Gardenia yang banyak sebagai buah tangan atau hanya dimakan secara peribadi.

Ia telah menjadi satu jenaka lucu di mana kita akan tahu apabila seorang warga Sabah dan warga Sarawak baru saja kembali dari Semenanjung dengan melihat adanya bekalan roti Gardenia di rumah.

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia
Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia. Kredit: Quora

But all jokes aside, mesti orang tertanya-tanya kenapa majoriti daripada kita seharusnya tapau balik roti Gardenia ketika balik dari Semenanjung?

Terdapat sebuah syarikat memperoleh hak ekslusif untuk menggunakan tanda dagangan Gardenia

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd (GBKL), terdapat satu lagi kilang yang berhak untuk mengedarkan roti Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia iaitu Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai Gardenia Sabah namun kedua-dua syarikat ini tiada kaitan langsung dengan satu sama lain.

Terletak di Inanam, Sabah, Gardenia Sabah mempunyai hak untuk menggunakan logo Gardenia dan tanda dagangan di Sabah, Sarawak dan Indonesia jadi segala pembungkusan dan tetapan harga dibuat secara berasingan daripada GBKL.

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia
Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia. Kredit: WOB

Untuk menjawabkan persoalan kenapa GBKL tidak membuka kilang di sini, atas sebab perjanjian francais, GBKL hanya dibenarkan untuk mengedar produk Gardenia di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja.

Perbezaan Produk Gardenia keluaran GBKL dan Gardenia Sabah

Oleh kerana kedua-dua syarikat ini adalah syarikat yang tiada kaitan langsung dengan satu sama lain, maka pengeluaran syarikat pun berbeza.

Salah satu perbezaan adalah pembungkusan roti ‘Classic’ dengan ‘Klasik’

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia
Perbezaan roti Gardenia keluaran GBKL (kiri) dan roti Gardenia keluaran Gardenia Sabah (kanan) Kredit: Air Times News Network

Tak lupa juga perbandingan harga, kalau di Semenanjung Malaysia, sebuah roti Gardenia lebih murah berbanding di Sabah dan Sarawak (hampir tiga kali ganda harga original).

Jadi, mengapa harga roti keluaran GBKL dan Gardenia Sabah adalah lain walaupun kedua-dua syarikat ini mengeluarkan produk yang mempunyai logo yang sama?

Dipengaruhi kos pengangkutan

Walaupun sudah adanya kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia masih tidak pasti sama ada Gardenia Sabah berfungsi sebagai pengedar sahaja atau mereka juga terlibat dalam proses pembuatan roti tersebut.

Misalnya syarikat ini hanya berfungsi sebagai pengedar, maka kos pengangkutan boleh dipertimbangkan dalam salah satu faktor mengapa harga roti keluaran Gardenia Sabah adalah mahal berbanding dengan harga yang ditetapkan oleh GBKL.

Bagi mereka yang penggemar roti Gardenia, mereka akan tahu roti ini terkenal dengan kesegarannya. Jadi untuk mengangkut roti-roti ke sini, pengedar akan perlu mempertimbangkan ketahanan segar roti tersebut (yang biasanya 3-4 hari sahaja).

Oleh sebab kos pengangkutan dan ground distribution menjadi faktor dalam pengangkutan roti-roti ke sini, ia mempengaruhi harga pasaran.

Usahawan Tempatan vs Usahawan Asing

Dalam pada itu, atas sebab GBKL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza, mereka hanya dibenarkan mengedar produk Gardenia di kawasan sendiri (dan juga kerana GBKL mengikut perjanjian francais dimana mereka hanya dibenarkan untuk mengedar produk mereka di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja).

Walaupun Sarawak dan Sabah mempunyai pengedar Gardenianya tersendiri, salah satu teori atas sebab GBKL tersekat di Semenanjung Malaysia adalah untuk melindungi industri roti tempatan. (Ini hanya teori, ya!)

Menurut seorang pengguna Twitter yang berasal dari Sarawak ini, beliau berpendapat Sarawak sudah mempunyai industri rotinya tersendiri terutamanya di supermarket seperti Everrise, Emart, dan Farley dan juga menyatakan pembinaan kilang di sini adalah tidak kos-efektif.

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia
Pendapat salah seorang warga Sarawak mengenai isu ini. Anda boleh melihat perbincangan lanjut melalui link ini.

Sehubungan dengan itu, kita mempunyai jenama roti tempatan seperti di Taka, Mita dan sebagainya. Roti-roti keluaran jenama tempatan ini tiada kurangnya juga!

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia
Butter Cheese Cake terkenal Mita Cakehouse. Kredit: FB Mita Cakehouse
Kek buatan Taka Cake House. Kredit: Taka

Masih lebih suka ‘tapau’ dari KL

Memang tradisi kebanyakkan orang Sarawak dan Sabah untuk membeli roti Gardenia secara borong ketika balik dari Semenanjung Malaysia. Kadang-kadang satu plastik beg kecil tidak cukup, ada yang sanggup muatkan dalam satu kotak kalau dapat!

Apa-apa pun pendapat anda mengenai roti gardenia keluaran Gardenia Sabah mahupun GBKL, memang ternyata roti ini adalah salah satu jenama roti kegemaran di kalangan warga Sabah dan Sarawak.

Kredit: Twitter

Baca juga artikel yang berkaitan:

[VIDEO] Rutin Biasa Sarawak Dan Sabah, Lelaki Ini Borong Roti Gardenia Dari KL Buat Ramai ‘Relate’
‘Baru Aku Nampak Roti Gardenia Harga Kayangan’, Wanita Ini Terkejut Lihat Harganya Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Sarawak Tahan 325 Penagih Tegar Dalam Ops Tapis Khas Polis Sarawak Tahan 325 Penagih Tegar Dalam Ops Tapis Khas
Next Article Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Februari 2024 Di Kuching Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Februari 2024 Di Kuching

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?