• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen

Oleh
Nazihah AN
8 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen

Agak-agakla pun kalau nak pacak bendera tu🤦‍♂️

Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen. Pacak atau gantung bendera semasa berkempen hendaklah berpada-pada, bimbang ianya akan memudaratkan bagi pengguna jalan raya.

Sekarang sudah masuk musim berkempen, memang akan ada kita lihat bendera milik parti-parti politik di mana-mana sahaja kita pergi.

Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen
Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen. Kredit gambar: FB Sarawak Roads Update

Bahaya kalau bendera tu tersangkut kat wiper kereta

Akan tetapi, perkongsian video dashcam netizen di laman Facebook Sarawak Roads Update telah mengundang perhatian netizen sekaligus cetus kebimbangan pengguna jalan raya di Kuching.

Dalam video tersebut, kelihatan kenderaan di hadapan pemilik dashcam tersebut terlanggar bendera parti di bulatan Batu 3, Kuching namun bernasib baik tiada kemalangan berlaku. Bendera tersebut condong dan telah menghalang jalan di bulatan tersebut.

Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update

Perkara ini mampu mengundang perkara yang tidak diingini berlaku di jalan raya. Harap ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membantu.

Tidak hanya itu, bendera-bendera ini juga telah menghalang penglihatan pemandu jalan raya di kawasan bulatan Ajibah Abol dan juga beberapa kawasan di Kuching. Ia telah menyebabkan pemandu sukar untuk melihat kenderaan lain sebelum keluar simpang.

Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update
Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen
Kredit gambar: FB Sarawak Roads Update

Kalau pacak bendera di tepi jalan tu, kenalah berpada-pada di tempatnya, betul tak? Jangan sampai halang penglihatan pemandu jalan hingga menyebabkan kemalangan, huh… naya pak karim🤦‍♂️

Dan buat anda yang dah daftar dalam sistem, jangan lupa untuk mengundi ya!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Kita Boleh Tipu’, Sepanduk Sengaja Ditambah Dihadapan Balai Polis Sibu Ini Buat Netizen Terhibur
Next Article Dikurung Untuk Tujuan Eksploitasi, Polis Temui 63 Bangkai Kucing Di Rumah Wanita Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?