• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Dikurung Untuk Tujuan Eksploitasi, Polis Temui 63 Bangkai Kucing Di Rumah Wanita Ini

Oleh
ILB - AI
8 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kaut untung melalui derma di Facebook

Dikurung Untuk Tujuan Eksploitasi, Polis Temui 63 Bangkai Kucing Di Rumah Wanita Ini. Sebanyak 63 bangkai kucing, seekor bangkai anjing dan 80 haiwan masih hidup dalam keadaan kurus kering ditemui oleh sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di sebuah rumah di Bangkok pada Jumaat lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dengan kerjasama Watchdog Thailand bersama pasukan polis dari Balai Polis Khan Na Yao dan Jabatan Ternakan, mereka memeriksa rumah tersebut selepas terima laporan penduduk setempat berlaku pengabaian haiwan di sekitar kediaman itu.

Menurut polis dan jabatan ternakan, mereka terhidu bau busuk selepas memasuki rumah itu sebelum menemui bangkai kucing dan najis haiwan di merata tempat.

Dikurung Untuk Tujuan Eksploitasi, Polis Temui 63 Bangkai Kucing Di Rumah Wanita Ini
Dikurung Untuk Tujuan Eksploitasi, Polis Temui 63 Bangkai Kucing Di Rumah Wanita Ini

Haiwan teraniaya, tidak diberi makan

Difahamkan, mereka menemui 80 ekor kucing dan anjing yang diabaikan dengan ada antaranya juga dikurung dalam sangkar selain sebilangan lagi dibiar berkeliaran.

Kata Watchdog Thailand, haiwan yang masih hidup memakan bangkai haiwan lain akibat kelaparan dan ada antaranya telah mati lebih setahun.

Tambahan, paling mengejutkan adalah penemuan bangkai beberapa ekor kucing di dalam beg plastik hitam yang disumbat ke dalam peti sejuk.

Gambar sekadar hiasan

Menurut polis, pemilik rumah tersebut merupakan seorang wanita berusia 40 tahun, turut berada dalam rumah sewaktu serbuan dilakukan.

Dia melarikan diri memandu sebuah kereta sebelum merempuh dinding dan pengsan. Polis menghubungi ambulans untuk membawa suspek ke hospital.

Hasil serbuan, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 80 haiwan dan membawanya ke sebuah hospital haiwan untuk rawatan lanjut.

Gambar sekadar hiasan

Kesemua haiwan yang diselamatkan kemudian dibawa ke Chiang Mai untuk dijaga oleh Yayasan Pemuliharaan Gajah dan Alam Sekitar.

Suspek mengeksploitasi haiwan-haiwan itu menggunakan laman Facebook untuk mengumpul sumbangan orang ramai, kata Watchdog Thailand.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen Pacak Bendera Tak Kena Tempat Di Bulatan Kuching, Rakaman Dashcam Ini Undang Geram Netizen
Next Article Ketahui Makna Disebalik Istilah Undi Pos, Undi Awal, Undi Biasa Dan Undi Rosak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?