• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K

Oleh
Aina Musa
27 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K

Berani beri rasuah angkara permit hampir tamat tempoh

Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K. Dua orang warga China masing-masing dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memberi suapan RM100 kepada pegawai Imigresen sebagai dorongan tidak melakukan pemeriksaan saringan passport mereka kerana Pas Lawatan Ikhtisas (Permit Kerja Professional) hampir tamat.

Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K
Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K. Kredit: Suara Sarawak

Tertuduh Pu Chaozheng, 36 dan Xia Bobin, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Hukuman penjara maksimum 10 tahun jika disabitkan kesalahan

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Steve menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap mereka sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut kertas pertuduhan, mereka masing-masing didakwa memberi suapan kepada Pegawai Kanan Imigresen yang bertugas di kaunter kawalan keluar Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) antara jam 10 pagi dan 10.30 pagi pada 1 Januari lepas.

Mereka memberi wang berkenaan sebagai balasan agar pegawai itu tidak melakukan saringan ke atas passport mereka dan tidak mengambil tindakan undang-undang kerana mereka dipercayai telah melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beri suapan kepada 2 orang pegawai imigresen

Menurut fakta kes, mereka mempunyai Pas Khas untuk masuk ke negara ini bermula 6 Disember 2022 sehingga 4 Januari tahun ini atas urusan rasmi perniagaan.

Pada 1 Januari lalu, mereka berada di LTAK bakal memasuki penerbangan menuju ke Kuala Lumpur.

Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K

Melihat perbuatan kedua-dua tertuduh yang hendak memberi suapan kepada pegawai kanan Imigresen kemudian itu terus melaporkan kejadian itu kepada orang atasan untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Nur Nisla Abd Latif manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel terkini:

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’
Lebih 30 Jam Berpaut Pada Tong Minyak, Nelayan Selamat Ditemui Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang' Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’
Next Article Karya Dibeli Oleh DJ Popular Steve Aoki, Rupanya Artis Berbakat Ini Kelahiran Anak Sarawak Karya Dibeli Oleh DJ Popular Steve Aoki, Rupanya Pelukis Seni Itu Kelahiran Anak Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?