• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’

Oleh
Nazihah AN
27 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'

Waterfront semestinya menjadi salah satu tarikan di Kuching.

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’. Kalau disoal tempat menarik di Kuching, pasti ada yang cadangkan Waterfront Kuching. Mana tidaknya, di sini saja ada banyak tarikan pelancong contohnya pemandangan DUN, jambatan Darul Hana dan banyak lagi!

Selain itu, tidak kurang juga ‘persembahan’ dan ‘tarian’ oleh maskot-maskot yang menghiburkan pengunjung setiap malam di Waterfront ini.

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'
Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa ‘Turun Padang’. Sumber: FB Syahmi Razali

Ramai yang rimas dengar bunyi bingit dari lagu-lagu DJ Tiktok yang dipasang di Waterfront Kuching

Namun demikian, pernah tular apabila seorang individu menyatakan pandangan beliau mengenai cara maskot-maskot ini memberi hiburan kepada pengunjung. Katanya, Waterfront dipenuhi dengan maskot menari serta muzik remix Tiktok, yang mana ianya tidak enak buat tatapan pelancong di luar.

Kali ini, tular lagi sekali di laman Twitter, apabila individu ini sudah merasa rimas akan keadaan Waterfront Kuching ini seakan tiada perubahan setelah isu seperti ini pernah tular di laman Facebook sebelum ini.

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'
Sumber: Twitter

Minta pihak berkuasa turun padang

Perkongsian dari individu ini telah menarik perhatian dari netizen di laman sosial. Menerusi perkongsian individu ini meluahkan bahawa dirinya tidak dapat untuk menikmati keindahan di Waterfront Kuching kerana terganggu dengan muzik bingit dari lagu-lagu DJ Tiktok yang telah dipasang.

Pendapat individu ini disokong oleh netizen Kuching yang katanya turut terganggu oleh muzik tersebut. Netizen berpendapat muzik-muzik rancak dengan tarian ‘kurang enak’ daripada maskot tersebut sedikit sebanyak mencacatkan ketenangan di sepanjang Waterfront ini.

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'
Sumber: Tiktok

Ini respons netizen

Rata-rata netizen meminta agar pihak berkuasa ‘turun padang’ untuk menyelesaikan isu ini dengan kadar segera.

Menerusi komen netizen, sebaiknya lagu-lagu itu ditukar kepada genre lagu yang lebih bersesuaian memandangan lokasi tersebut merupakan tempat pelancongan di Kuching. Ada juga yang mencadangkan untuk mengembalikan muzik sape menghiasi suasana di Waterfront Kuching.

Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'
Sumber: Twitter
Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'
Sumber: Twitter
Rimas Muzik Bingit DJ Tiktok Di Waterfront Kuching, Netizen Minta Pihak Berkuasa 'Turun Padang'
Sumber: Twitter

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Awas Tawaran Baju Murah Di Media Sosial, Individu Ini Kongsi Senarai Scammer IG Shop
Serendah RM12, Kini Anda Boleh Drivethru Cuci Kereta Guna Robotic Carwash Di Stampark Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Boleh Membawa Kesan Kepada Kesihatan, Hati-Hati Guna Periuk Nasi Yang Bercalar Boleh Membawa Kesan Kepada Kesihatan, Hati-Hati Guna Periuk Nasi Yang Bercalar
Next Article Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K Padah Beri Suapan RM100 Kepada Pegawai Imigresen Kuching, Dua Warga China Dikompaun 10K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?