I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching

Oleh Aina Musa
15 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching

Gagal lunas hutang rakan sebanyak RM 500

Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching. Seorang lelaki cedera ditetak di tangan manakala kepalanya diketuk menggunakan tukul disebabkan gagal melunaskan hutang berjumlah RM500 dengan rakannya sendiri dalam kejadian di Rancangan Perumahan Rakyat(RPR), Jalan Arang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang merupakan pekerja tapak binaan berusia 35 tahun sedang berada dalam rumah berkenaan bersama tiga lagi rakan lain apabila pintu utama rumah sewa mereka diketuk.

Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching
Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching. Kredit: Borneo Network

Diserang 3 lelaki bersenjata

“Ketika rakannya membuka pintu dia terus ditolak seorang lelaki menyebabkannya terjatuh, lelaki tersebut terus masuk ke rumah dengan memegang sebilah parang disusuli dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali.

“Lelaki yang memegang parang terus menuju ke arah mangsa yang baru bangun tidur di ruang tamu dan menetaknya lalu terkena di tangan sebelah kiri menyebabkan tangan mangsa cedera dan berdarah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching
PDRM’s logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star

Katanya, pada masa yang sama, salah seorang suspek lelaki lain telah mengetuk kepala mangsa menggunakan tukul.

Dirawat di zon merah akibat cedera parah

“Tanpa berkata apa-apa, kesemua suspek tersebut kemudian keluar dari rumah tersebut. Melihat mangsa cedera, tiga rakan serumah lain telah menghantarnya ke hospital umum untuk rawatan.

“Akibat kejadian itu mangsa luka di kepala sebelah kanan, luka pada jari manis dan jari hantu sebelah kanan( dua jahitan setiap jari) dan bawah tapak tangan kanan (empat jahitan),” ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan mangsa punca kejadian berlaku adalah disebabkan mangsa mempunyai hutang berjumlah RM500 yang tidak dibayar olehnya yang menyebabkan suspek dikenali Ah Bie marah dan tidak berpuas hati kerana dikatakan mangsa enggan membayar hutang.

“Mangsa dan Ah Bie merupakan kawan sebelum ini dan memang kenal antara satu sama lain.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan objek,” katanya.

Baca lagi artikel terkini:

Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini
Berita Baik, KFC Kini Sudah Kembali Beroperasi Di Airport Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini
Next Article Seludup Minyak Diesel Tanpa Permit Di Miri, Seorang Pemandu Van Ini Ditahan Seludup Minyak Diesel Tanpa Permit Di Miri, Seorang Pemandu Van Ini Ditahan

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?