• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini

Oleh
Husna Hazmi
15 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ada 6 muzium dan galeri baharu yang dibuka di Sarawak tahun ini.

Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini. Dilaporkan, bangunan penuh sejarah di Kuching iaitu Limbungan Brooke menjadi antara muzium dan galeri baharu di Sarawak yang akan dibuka buat para pengunjung pada tahun ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa pembinaan bangunan Brooke Dockyard atau Limbangan Brooke sebagai Muzium Maritim telah giat dijalankan.

Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini
Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini. Kredit foto: Utusan Borneo

Muzium serta galeri lain yang bakal dibuka tahun ini

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, muzium dan galeri lain yang turut dibuka tahun ini termasuk, Taman Arkeologi Santubong, Wallace Centre, Muzium Limbang dan Galeri Rumah Sri Aman.

Di samping itu, terdapat 14 lagi projek di bawah Jabatan Muzium Sarawak dan enam daripadanya adalah untuk memulihara Fort Emma, Fort Brooke, Fort Lili, Fort Hose, Fort Sylvia dan Fort Arundell.

Limbungan Brooke Heritage Museum Antara 6 Muzium Yang Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini

Bangunan lama Muzium Sarawak

Jabatan Muzium Sarawak juga mengatakan bahawa bangunan lama Muzium Sarawak juga akan dibuka untuk lawatan orang ramai bermula Mac tahun ini.

Dengan kejayaan Borneo Cultures Museum yang mendapat Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia sebagai Muzium Terbaik untuk tahun 2022, seramai 171,643 pengunjung dicatat telah melawat muzium ini.

Lagi berita terkini di sini untuk anda:

Muzium Negeri Sarawak Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Dalam Tempoh 2 Tahun Lagi
Tarikan Baru Di Bintulu, Borneo Cultures Museum Versi Mini Bakal Dibina Tidak Lama Lagi
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik, KFC Kini Sudah Kembali Beroperasi Di Airport Kuching
Next Article Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching Padah Enggan Bayar Hutang Rakan, Lelaki Cedera Parah Kepala Ditukul Dan Ditetak Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?