• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Gurau Acu Pistol, Seorang Polis Maut Ditembak Rakannya Secara Tidak Sengaja Di Sibu

Oleh
Husna Hazmi
7 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Suspek yang menembak mangsa secara tidak sengaja merupakan seorang polis.

Padah Gurau Acu Pistol, Seorang Polis Maut Ditembak Rakannya Secara Tidak Sengaja Di Sibu. Dilaporkan bahawa, seorang konstabel polis lelaki yang ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai Sibu, semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.

Isi Isi Penting
  • Suspek yang menembak mangsa secara tidak sengaja merupakan seorang polis.
  • Telah dijumpai dengan kesan tembakan di kepala
  • Suspek dikatakan bergurau bersama mangsa
  • Arwah baru sahaja sebulan setengah berpindah tugas ke Sibu
Padah Gurau Acu Pistol, Seorang Polis Maut Ditembak Rakannya Secara Tidak Sengaja Di Sibu
Padah Gurau Acu Pistol, Seorang Polis Maut Ditembak Rakannya Secara Tidak Sengaja Di Sibu

Telah dijumpai dengan kesan tembakan di kepala

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit lewat malam tadi berkata bahawa seorang anggota polis yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, berusia 25 tahun telah dijumpai dengan kesan tembakan di kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar jam 7 malam.

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah,” katanya tanpa memberitahu butiran lanjut kejadian.

Cikgu saya sellu pesan jd polis ni sebelah kaki lagi mmg utk ke penjara. Kalau tnya org lama sebolehnya dorg taknk pgang…

Posted by Nazrin Shah on Thursday, May 6, 2021

Suspek dikatakan bergurau bersama mangsa

Berdasarkan perkongsian di akaun Facebook pula mengatakan bahawa suspek dikatakan bergurau bersama mangsa dimana dia mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertekan picu dan tertembak arwah Norhalim Tumiran.

Ketika kejadian berlaku, saksi dipercayai sedang mencuci motosikalnya diluar rumah manakala arwah sedang bermain game di ruang tamu.

Suspek pula berada dalam biliknya dan keluar ke ruang tamu sambil bergurau mengacukan pistolnya ke arah mangsa sebelum tertekan picu pistol tersebut.

Padah Gurau Acu Pistol, Seorang Polis Maut Ditembak Rakannya Secara Tidak Sengaja Di Sibu

Arwah baru sahaja sebulan setengah berpindah tugas ke Sibu

Menurut Stanley, arwah baru sahaja sebulan setengah berpindah tugas ke Sibu setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis.

Arwah dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Stanley yang sebelum itu turut meninjau tempat kejadian selepas menerima laporan insiden itu berkata mangsa bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak SAC Lukas Aket.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ganjaran Boleh ‘Rosakkan’ Atlet : Berasas Atau Tidak?
Next Article Majlis Kenduri Kahwin, Akad Nikah Tidak Dibenarkan Di Sarawak Sehingga 17 Mei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?